
Himpunan artikel Dr Mohd Asri
Zainul Abidin - Mufti Perlis / Pensyarah USM

Himpunan fatwa dan risalah Dr
Yusof al-Qaradhawi - Mufti Qatar, Bekas Syeikhul Azhar
 Himpunan
Artikel
Ust Zaharuddin |
|

Azab kubur itu ke atas jasad
atau roh?
Soalan : Adakah azab kubur itu ke atas
jasad atau roh?
Syeikh Ibn Uthaimin menjawab :
Asalnya, azab itu ke atas roh kerana
sebarang hukuman selepas mati adalah ke atas roh, dan jasad telah menjadi
mayat dan tiada sebarang tindak balas lagi. Jasad tidak mempunyai sebarang
keperluan untuk terus kekal, ia tidak makan dan tidak minum, malah ia akan
dimakan oleh ulat. Asalnya, azab itu ke atas roh tetapi berkata Syaikh
al-Islam Ibn Taimiyah : 'Adakalahnya roh berhubung dengan jasad, maka ia
diazab atau diberi nikmat bersamanya. Ada pendapat lain dari Ahli al-Sunnah
wa al-Jama'ah iaitu azab dan nikmat itu hanyalah ke atas jasad sahaja
tanpa roh dan mereka berhujah bahawa ia dilihat secara nyata, apabila
kubur dibuka dan terlihat kesan azab ke atas jasad dan dibuka kubur yang
lain, terlihat kesan nikmat pada jasad. Beberapa orang pernah menceritakan
kepada saya, di negeri ini ('Unaizah), mereka menggali untuk membuat pagar
negeri ini dari luar, dan mereka terjumpa sebuah kubur ketika menggali.
Mereka membukanya dan menjumpai mayat yang telah dimakan bumi kain
kafannya tetapi jasadnya masih elok dan tidak dimakan oleh sesuatu pun
sehingga mereka mengatakan, bahawa mereka melihat janggutnya berinai dan
mereka menghidu bau seperti bau kasturi. Mereka pergi berjumpa dengan
seorang syeikh dan bertanya kepadanya, dia berkata : Tinggalkanlah ia
sebagaimana keadaannya dan jauhkan diri darinya (jangan menggali di
kawasan itu), galilah dari kanan atau dari kiri.
Dengan itu berkata ulama' :
Adakalanya roh berhubung dengan jasad, maka terjadilah azab itu pada roh
dan jasad. Mungkin juga berhujah dengan hadis Rasulullah sallallahu 'alayhi
wa sallam : Sesungguhnya kubur itu akan menimpa ke atas orang kafir
sehingga berselisih tulang rusuknya (riwayat Abu Daud), ini menunjukkan
bahawa azab itu ke atas jasad kerana tulang rusuk itu terletak di dalam
jasad, Allahu a'alam.
Diterjemah dari kitab Fatawa al-'Aqidah
oleh Syeikh Muhammad ibn Salih al-Uthaimin.
|
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Himpunan Artikel
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
e-Book di Internet
Islam House
Sunni Path
Azlin's Library
Audio di Internet
Kuliah Sunnah
Azlin's Audio
|