السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  Selamat Datang ke Laman Surau Menara EON Bank

(102: ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

 



Himpunan artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Mufti Perlis / Pensyarah USM


Himpunan fatwa dan risalah Dr Yusof al-Qaradhawi - Mufti Qatar, Bekas Syeikhul Azhar


Himpunan Artikel Ust Zaharuddin


 

 

MENGGUNAKAN BEKAS MINUMAN ARAK

 Soalan:

 Apa hukumnya minum di dalam gelas arak (sekiranya gelas itu telah dicuci terlebih dahulu) ?

Terima Kasih

 

al-Jawab:

 بسم الله الرحمن الرحيم

رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.


 
TIDAKLAH MENGAPA digunakan gelas arak setelah dipastikan ianya sudah dibasuh dan tiada lagi tinggal sebarang kesan arak , sama ada baunya , atau warnanya ataupun rasanya . Yang menjadi masalah ( yang haram ) adalah arak , bukannya bekas atapun gelasnya .

Begitulah juga dengan hukumnya menggunakan botol – botol arak untuk diisi dengan budu , sos , taucu ataupun kicap ataupun apa sahaja makanan / minuman yang halal , asalkan diikuti dengan langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas , maka ia BOLEH DIGUNAKAN .

Namun , LEBIH BAIK menggunakan botol-botol lain kerana biasanya botol-botol arak mempunyai lambang yang diukir di atas botol tersebut sebagai TRADE MARK bagi syarikat yang mengeluarkannya dan agar kita TIDAK MENJADI mereka yang mempromosikan arak , walaupun secara tidak langsung !

 
Apakah perlu “ disamak “ bekas , gelas ataupun botol arak itu dengan tanah ? .

Tidak perlu ! Yang perlu disamak dengan tanah ialah apabila sesebuah bekas, gelas ataupun botol itu dijilat oleh anjing .

Oleh itu , bekas , gelas dan botol arak itu BOLEH digunakan DENGAN SEKADAR membasuhnya dengan sabun dan air . Tidak perlu menyusahkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dituntut dan diajar oleh agama kita yang memudahkan umatnya .


Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
 

Ustaz Muhammad Joraimee Awang Raimee (PERKIM)
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
01 / Jumadi Tsani / 1424 H
31 / Julai / 2003 M
http://www.al-ahkam.net




 

 

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Himpunan Artikel

Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar

Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
 

e-Book di Internet
Islam House
Sunni Path
Azlin's Library
 

Audio di Internet
Kuliah Sunnah
Azlin's Audio