السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  Selamat Datang ke Laman Surau Menara EON Bank

(102: ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

 



Himpunan artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Mufti Perlis / Pensyarah USM


Himpunan fatwa dan risalah Dr Yusof al-Qaradhawi - Mufti Qatar, Bekas Syeikhul Azhar


Himpunan artikel Ust Zaharuddin



Hukum Meletakkan al-Quran di atas Lantai

Soal:
Apakah hukum meletakkan al-Quran di atas lantai? Adakah wajib meletakkannya tinggi dari lantai?

Jawab:
Bismillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Selawat dan seterusnya..
Tidak ada masalah utk meletakkan mashaf di atas lantai utk satu keperluan dan tidak bermaksud utk memperlekehkan dan menghina tetapi adalah lebih baik jika dapat diletakkan di atas tempat yg lebih tinggi sebagai menghormati kitab Allah.

Berkata Syeikh bin Baz:-
Meletakkan al-Quran di tempat yg tinggi adalah lebih baik misalnya di atas kerusi atau di rak di dinding dsb supaya ia lebih tinggi dari lantai dan jika diletakkan al-Quran di atas lantai utk suatu keperluan dan tidak bermaksud utk memperlekeh dan menghina, diletakkan di atas lantai yg bersih dgn beberapa sebab misalnya sedang bersolat dan tiada tempat yg tinggi atau hendak bersujud tilawah, maka tidak ada salah utk itu insyaAllah. Tetapi jika meletakkan di atas kerusi atau bantal atau di atas rak dsb itu adalah lebih berhati-hati, telah thabit dari Nabi Muhammad Selawat, ketika Baginda Selawat meminta kitab Taurat utk merujuknya semula kerana ingkarnya kaum Yahudi terhadap hukuman had rejam yg dituntut dalam Taurat, Baginda Selawat telah meminta kerusi dan meletakkan Taurat di atasnya lalu merujuknya sehingga menjumpai ayat mengenai rejam dan pendustaan org2 Yahudi.

Jika disyariatkan Taurat diletakkan di atas kerusi kerana di dalamnya terdapat Kalamullah maka al-Quran adalah lebih utama utk diletakkan di atas kerusi kerana ia lebih afdhal dari Taurat.
Kesimpulan: Meletakkan al-Quran di atas tempat yg tinggi seperti kerusi atau rak adalah lebih utama dan itu yang sepatutnya kerana meninggikan al-Quran itu bermaksud mengagungkan dan menghormatinya, namun kita juga tidak mengetahui sebarang dalil larangan meletakkan al-Quran di atas lantai yg bersih jika terdapat keperluan utk itu. Wallahu A'lam.

 


السؤال
ما حكـم وضـع القـرآن الكـريم على الأرض وهـل يجب وضعـه في مكان مرتفع عـن الأرض ؟ جزاكم الله عنا خير الجزاء

:الجواب
بسم الله، والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد..
فلا حرج في وضع المصحف على الأرض إذا دعت الحاجة إلى ذلك ولم يقصد بذلك الامتهان ولكن لو أمكن وضعه في مكان مرتفع عن الأرض لكان ذلك أفضل تكريما لكتاب الله.

يقول سماحة الشيخ ابن باز -رحمه الله-:
وضع القرآن على محل مرتفع أفضل مثل الكرسي أو الرف في الجدار ونحو ذلك مما يكون مرفوعا به عن الأرض وإن وضعه على الأرض للحاجة لا لقصد الامتهان على أرض طاهرة بسبب الحاجة لذلك ككونه يصلي وليس عنده محل مرتفع أو أراد السجود للتلاوة فلا حرج في ذلك إن شاء الله ولا أعلم بأسا في ذلك ، لكنه إذا وضعه على كرسي أو على وسادة ونحو ذلك أو في رف كان ذلك أحوط ، فقد ثبت عنه صلى الله عليه وسلم عندما طلب التوراة لمراجعتها بسبب إنكار اليهود حد الرجم طلب التوراة وطلب كرسيا ووضعت التوراة عليه وأمر من يراجع التوراة حتى وجدوا الآية الدالة على الرجم وعلى كذب اليهود .

فإذا كانت التوراة يشرع وضعها على كرسي لما فيها من كلام الله سبحانه فالقرآن أولى بأن يوضع على الكرسي لأنه أفضل من التوراة .
والخلاصة: أن وضع القرآن على محل مرتفع ككرسي، أو رف في جدار أو فرجة هو الأولى والذي ينبغي ، وفيه رفع للقرآن وتعظيم له واحترام لكلام الله ، ولا نعلم دليلا يمنع من وضع القرآن فوق الأرض الطاهرة الطيبة عند الحاجة لذلك .
والله أعلم

Sumber:
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=79794


 

 

 

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Himpunan Artikel

Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar

Laman 'Arab
al-Qaradhawi.net
al-albani.net
Binbaz.org
 

e-Book di Internet
Islam House
Sunni Path
Azlin's Library
 

Audio di Internet
Kuliah Sunnah
Azlin's Audio Lib