
Himpunan artikel Dr Mohd Asri
Zainul Abidin - Mufti Perlis / Pensyarah USM

Himpunan fatwa dan risalah Dr
Yusof al-Qaradhawi - Mufti Qatar, Bekas Syeikhul Azhar

Himpunan artikel Ust Zaharuddin |
|

Bolehkah Solat Hajat Dilakukan Secara Berjamaah
Soalan:
Bolehkah solat hajat dilakukan secara berjamaah apabila adanya hajat
bersama seperti dalam kes Azlina Jailanii ?
Jawapan:
Solat Hajat boleh di lakukan berdasarkan beberapa hadith dari Nabi saw. Ia
dilakukan secara bersendirian dan BUKAN berjamaah. Tidak pernah walau
sekali, Nabi saw dan para sahabat Baginda melakukannya secara berjamaah.
Jika melakukan solat Hajat secara berjamaah itu baik sudah tentu Nabi dan
para sahabat akan mendahului kita melakukannya.
Nabi saw dan para sahabat banyak berdepan dengan masaalah-masaalah yang
getir seperti peperangan. Banyak peperangan yang telah mereka lalui. Semua
mereka mempunyai hajat yang sama, iaitu untuk menang dalam peperangan.
Namun TIDAK PERNAH walau sekali mereka menunaikan solat Hajat berjamaah
untuk menang dalam mana-mana peperangan. Ini bukti yang jelas menunjukkan
menunaikan solat Hajat bukan dengan cara berjamaah.
Bukan semua solat sunat boleh dilakukan secara berjamaah. Solat sunat
Rawatib contohnya, tidak disyariatkan untuk dilakukan secara berjamaah.
Demikian juga solat sunat Tahiyyatul masjid, semua ini antara solat-solat
sunat yang tidak disyariatkan secara berjamaah sama seperti solat sunat
Hajat ini.
Sesiapa yang hendak melakukan solat hajat, lakukanlah secara bersendirian,
inilah yang lebih tepat dengan sunnah Nabi saw.
Wallahu a'lam.
Ustaz Abdul Kadir
|
|

جمادى الأولى 1428هـ
Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Himpunan Artikel
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
e-Book di Internet
Islam House
Sunni Path
Azlin's Library
Audio di Internet
Kuliah Sunnah
Azlin's Audio
|