
Himpunan artikel Dr Mohd Asri
Zainul Abidin - Mufti Perlis / Pensyarah USM

Himpunan fatwa dan risalah Dr
Yusof al-Qaradhawi - Mufti Qatar, Bekas Syeikhul Azhar
 Himpunan
Artikel
Ust Zaharuddin |
|

Talkin di kuburan
السّلام عليكم و رحمة
الله
Saya ingin bertanya tentang Talkin yg
dibuat dgn duduk ditepi kubur. Baru-baru ini saya ada mendengar seorang
Ustaz membaca sebuah hadis yg mengatakan Nabi saw mengambil kayu dan
mencucuk cucuk atas kubur seseorang kemudian berkata tidak boleh duduk
ditengah kubur jadi jika duduk ditepi kubur dan membaca talkin dibenarkan.
Tolong Ustaz huraikan permasalahan ini yg walaupun nampak kecil tetapi
impaknya cukup besar kerana jika tiada nas akan menjadi satu perkara
bida'ah.
Jawapan :
Nabi s.a.w. telah melarang daripada duduk di atas kubur, dan baginda
bersabda :
(لأن يجلس أحدكم على جمرة فتحرق ثيابه فتمضي إلى جلده خير له من أن
يجلس على القبر)
Maksudnya : "sesungguhnya seseorag kamu duduk di atas bara api sehingga
terbakar pakaiannya dan terkupas kulitnya, lebih baik baginya daripada dia
duduk di atas kubur." (Hadith riwayat Imam Muslim)
Asal talkin ialah menalkinkan orang yang hampir mati dengan kalimat Tauhid,
sepertimana sabda Nabi s.a.w. :
((لقنوا موتاكم: لا إله إلا الله))
Maksudnya : "Talkinkanlah orang-orang yang hampir mati dari kalangan kamu
dengan LailahailLALLAH." (Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abi Said al-Khudri)
Talkin di dalam bentuk sebegini memberi manfaat kepada orang yang hampir
mati iaitulah untuk mengajarnya supaya dapat mengucapkan kalimat yang
agung ini di akhir hidupnya, hingga dia bertemu dengan ALLAH dalam keadaan
akhir kalamnya mentauhidkan ALLAH s.w.t.. Jika dia mengucapkannya maka
kita tidak perlu mengulanginya lagi, melainkan jika dia mengucapkan
perkataan yang lain. Dalam keadaan ini kita hendaklah mengulangkan padanya
kalimah tauhid dengan lembut dan jelas, agar akhir kalamnya adalah dengan
kalimah tauhid. Inilah talkin yang disyariatkan oleh Nabi s.a.w.
Adapun talkin selepas kematian, ianya tidak memberi manfaat kepada mayat.
Tidak terdapat hadith yang sahih dari Nabi s.a.w. yang menunjukkan
perbuatan tersebut. Sebahagian talkin yang biasa kita lihat yang diamalkan
kebanyakan umat Islam hari ini yang mengadakannya dengan skrip-skrip yang
telah ditetapkan adalah amalan yang menyalahi sunnah nabi s.a.w.
As-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah Ali fauzan menyebut : "Adapun
selepas keluarnya ruh, maka mayat tidak di talkinkan samaada sebelum atau
selepas kebumikan. Tidak terdapat perkara ini di dalam sunnah yang soheh
dari nabi s.a.w. sepertimana yang kami ketahui. Adapun sebahagian ulama
yang menyunatkan talkin mayat selepas dikebumikan, tidak ada bagi mereka
dalil yang thabit daripada nabi s.a.w. kerana hadith yang menyebut tentang
perkara itu dikritik sanadnya. Berdasarkan ini semua maka jadilah talkin
mayat selepas dikebumikan adalah amalan yang tidak ada asal di dalam
sunnah rasul s.a.w. Adapun apa yang dikatakan oleh sebahagian ulama adalah
berpegang kepada hadith yang tidak thabit. Maka talkin mayat selepas
dikebumikan tidak ada asal di dalam sunnah. Adapun talkin yang masyru'
ialah ketika sakit hampir mati, kerana disitulah waktu yang bermanfaat dan
dapat difikirkan oleh orang yang sakit hampir mati kerana dia masih hidup
dan mampu untuk mengucapkan kalimat (tauhid) ini, dia juga masih berada
dalam daerah amal. Adapun (talkin) selepas kematianya, waktu itu telah
tamat tempoh amalnya" - Tamat fatwa al-Fauzan-
Yang thabit di dalam hadith Nabi s.a.w. ialah berdoa dan meminta keampunan
untuk mayat setelah ianya dikebumikan. Nabi s.a.w. bersabda kepada
sahabat-sahabat baginda :
(استغفروا لأخيكم واسألوا له التثبيت فإنه الآن يسأل)
Maksudnya : "Mohon ampunlah untuk saudara kamu, dan mohonlah untuk dia
tetap, kerana sesungguhnya dia sekarang sedang ditanya." (Hadith riwaat
Abu Daud di dalam sunannya daripada hadith Hani Maula Othman bin 'Affan)
Inilah yang thabit dari Nabi s.a.w. maka disyariatkan kepada kita setelah
selesai mengebumikan mayat untuk kita berdiri sebentar berhampiran
kuburnya dan memohon ampun untuk mayat dan memohon kepada ALLAH memberi
kekuatan kepadanya untuk menjawab soalan. Kita boleh berdoa dengan
menyebut :
اللهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللهُمَّ ثَبِّتْهُ
Maksudnya : "Ya ALLAH ampunah dia, Ya ALLAH tetapkanlah dia."
Kita boleh mengulangi doa seumpama ini beberapa kali, semoga ALLAH memberi
manfaat kepada mayat dengan doa kita, kerana doa orang islam sampai kepada
mayat dan dapat memberi manfaat kepada mayat. Kerana itu Nabi s.a.w.
mengajar kepada kita, apabila melalui tanah perkuburan untuk berdoa
meminta keselamatan dan keampunan.
wallahu a'lam.
Ustaz Abdul Kadir
|
|

جمادى الأولى 1428هـ
Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Himpunan Artikel
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
e-Book di Internet
Islam House
Sunni Path
Azlin's Library
Audio di Internet
Kuliah Sunnah
Azlin's Audio
|