السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  Selamat Datang ke Laman Surau Menara EON Bank

(102: ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

 



Himpunan artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Mufti Perlis / Pensyarah USM


Himpunan fatwa dan risalah Dr Yusof al-Qaradhawi - Mufti Qatar, Bekas Syeikhul Azhar


Himpunan artikel Ust Zaharuddin

 

 TAQLID ITU PERBUATAN TERCELA !

Soalan:
Taqlid bukanlah amalan yang mulia , bahkan tidak sedikit ayat-ayat al-Quranul Karim , Hadist-Hadist dan juga fatwa-fatwa Imam-Imam Mujtahidin yang mencela amalan itu .

Saya cuma nak tahu.. ayat, hadith or dalil mana yg mencela mereka yg bertaqlid..Boleh tolong beri dalil itu tak?


al-Jawab
 بسم الله الرحمن الرحيم

رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Disebabkan soalan mengenai TAQLID ini sudah selalu dijawab oleh para panelis al-Ahkam Online , maka di sini kami hanya menyajikan beberapa dalil yang membuktikan bahawa amalan bertaqlid itu sememangnya tercela .

TAQLID , secara ringkasnya ialah :  “ Melakukan amal – ibadat yang melibatkan kepercayaan , amalan dan juga percakapan secara membuta-tuli @ membabi-buta , iaitu tanpa mengetahui hujah-hujahnya daripada sumber tertinggi perundangan Islam , iaitu al-Quranul Karim dan as-Sunnah as-Sahihah “ .

Ertinya : TAQLID = TAKSUB = FANATIK

 ( 1 ) ~ Pertama : Ayat 36 , Surah al-Isra’  :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Ertinya : “ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya “ .


 ( 2 ) ~ Kedua : Ayat 167 , Surah al-Baqarah :

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

Ertinya : “ Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti: "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami." Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka “ .


 ( 3 ) ~ Ayat 104 , Surah al-Maidah:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ إِلَى مَا أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُواْ حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُونَ

 Ertinya : “ Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk ? “ .


( 4 ) ~ Ayat 21 , Surah Luqman:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ

 Ertinya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah". Mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka) ? “ .


( 5 ) ~ Surah an-Nahl , Ayat 116  :

وَلاَ تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَـذَا حَلاَلٌ وَهَـذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُواْ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ

 Ertinya : “ Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta : Ini halal dan ini haram , untuk mengada-adakan pembohongan terhadap Allah . Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah itu tidaklah akan berjaya “ .

Kami rasa cukup sekadar itu penerangan kami mengenai masalah TAQLID ini . Kalau masih kurang faham , boleh dilanjutkan lagi persoalan mengenainya .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
 

Ustaz Muhammad Joraimee Awang Raimee (PERKIM)
http://www.al-ahkam.net

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

04 / Ramadhan al-Mubarak / 1424 H
30 / Oktober / 2003 M
 

 

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Himpunan Artikel

Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar

Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
 

e-Book di Internet
Islam House
Sunni Path
Azlin's Library
 

Audio di Internet
Kuliah Sunnah
Azlin's Audio