MUQADDIMAH
------
Kebanyakan
masyarakat percaya
berdasarkan sangkaan
bahawa taubat bagus
dimulakan apabila
umur tua (sudah
berumur), setelah
beranak cucu,
setelah menunaikan
haji atau dengan
beberapa alasan lain
adalah suatu tradisi
atau idea yang batil,
berpunca dari
kejahilan seseorang
itu tentang apa itu
taubat dan
pengampunan Allah
yang sebenarnya.
Tiada seorang
individupun yang
dibenarkan
menentukan bila
masanya seharusnya
seseorang itu
bertubat. Sedangkan
perintah Allah agar
bersegera bertaubat
tidak pernah
ditetapkan
masa-masanya yang
tertentu,
tempat-tempatnya
yang tertentu, pada
situasi atau kondisi
yang tertentu, malah
seseorang hamba yang
tahu dirinya berdosa
diwajibkan agar
cepat-cepat
bertaubat. Ini
kerana manusia
sering didominan
oleh hawa nafsunya
dan godaan syaitan.
Oleh itu, Allah Yang
Maha Pengasih dan
Maha Penyayang
memudahkan kepada
sekalian hambaNya
untuk segera
bertaubat. Buku
kecil ini layak
dikonsumsi oleh
semua peringkat usia,
dapat membantu dalam
urusan atau cara
bertaubat,
membincangkan
permasalahan taubat
yang perinsipil agar
membuka minda dan
kesedaran masyarakat
tentang perlunya
bersegera bertaubat.
Bagi sesiapa yang
telah melakukan
kesalahan atau
merasa berdosa, sama
ada besar atau kecil,
yang telah lama
berlaku atau yang
baru saja dilakukan,
maka tulisan ini
membantu para
pembaca cara-cara
untuk bertaubat
sebagaimana yang
ditunjuk ajar dan
dibimbing oleh syara..
Semoga tulisan yang
dipenuhi dengan
hujjah dan
dalil-dalil dari al-Quran
dan hadis ini dapat
membetulkan konsep
taubat dalam fikiran
pelaku dosa, memberi
keinsafan kepada
mereka yang takutkan
Allah, yang ingin
keampunan-Nya,
mengharapkan rahmat
dari-Nya dan ingin
menjadi generasi
ahlus sunnah yang
soleh dan yang
bertakwa.
Dengan demikian,
diharapkan mereka
yang telah sedar
akan hakikat sifat
Allah Yang Maha
Pengampun agar
bersegera bertaubat
tanpa
dilengah-lengahkan
lagi, kerana
bertaubat dan
meminta keampunan
adalah perintah dari
Allah yang telah
tertera di dalam al-Quran
dan hadis.
Moga-moga tulisan
ini sentiasa
diberkati oleh Allah
Azza wa-Jalla dan
dapat dimanfaatkan
oleh para pembaca
yang budiman.
------
Taubat Dan
Pengertiannya
------
Pengertian taubat
menurut syara ialah
kembali kepada Allah
dengan berpegang
teguh kepada
kewajipan yang
diwajibkan kepada
hambaNya.
Meninggalkan
laranganNya atau
beralih dari setiap
perbuatan yang
dibenci kepada yang
disenangi.
Orang yang bertaubat
amat beruntung
kerana kembali
menjalankan perintah
Allah dan menjauhkan
larangannya. Inilah
hakikat taubat
sehingga Allah
memberi kejayaan dan
pahala kepada
sesiapa yang
mentaati hakikat ini.
FirmanNya:
“Dan bertaubatlah
kamu sekalian wahai
kaum mukminin!
Semoga kamu mendapat
kemenangan”. (an-Nuur:
31)
Al-Quran menjelaskan
bahawa Allah Maha
Pengasih, Penyayang
dan Maha Pengampun
yang sentiasa
mengampunkan segala
dosa hambaNya yang
mahu bertaubat.
FirmanNya lagi:
“Katakanlah! Wahai
hamba-hamba Ku yang
melampaui batas
terhadap dirinya
sendiri! Janganlah
kamu berputus asa
dari rahmat Allah.
Sesungguhnyanya
Dialah Yang Maha
Pengampun lagi Maha
Penyayang. Dan
Kembalilah kamu
kepada Tuhanmu dan
berserah dirilah
kepadaNya sebelum
datang azab kepadamu
kemudian kamu tidak
dapat ditolong (lagi)”.
(az-Zumar: 53-54)
Melalui Sifat Allah
Yang Maha Pengasih
dan Pengampun, Allah
menjanjikan rahmat
dan pengampunan dari
semua dosa kepada
hambaNya yang
bertaubat. Allah
Subhanahu wa-Ta’ala
pula bertanya
mengapa kamu tidak
mahu bertaubat
sedangkan taubat
adalah amalan yang
mulia di sisiNya
sebagaimana
firmanNya:
“Maka mengapa mereka
tidak mahu bertaubat
kepada Allah dan
memohon ampun
kepadaNya? Dan Allah
Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang”.
(Al-Maidah, 74)
“Dan Tuhanmu Maha
Pengampun lagi
melimpah-limpah
rahmatNya”. (Al-Kahfi,
58)
Oleh kerana Allah
Maha Pengasih, Maha
Penyayang,
melimpah-limpah
rahmatNya dan
mencintai hambaNya
yang bertaubat, maka
adalah suatu
kesilapan bagi
seseorang yang
melambat-lambatkan
taubatnya sehingga
menunggu pada
sesuatu masa yang
tertentu, seperti
menunggu di hari tua,
setelah menunaikan
haji, setelah
bersara, setelah
berilmu, setelah
berjaya meninggalkan
maksiat, setelah
berkeluarga atau
sebagainya. Maka
melengah-lengahkan
taubat seperti ini
adalah suatu
kejahilan dan
kesilapan yang nyata.
Sebenarnya Allah
menyeru agar
hambaNya sentiasa
bersegera meminta
keampunan dan
bertaubat kepadaNya
sebagaimana
firmanNya:
“Dan bersegeralah
kamu kepada ampunan
dari Tuhanmu dan
kepada syurga yang
luasnya seluas
langit dan bumi yang
disediakan untuk
orang-orang yang
bertakwa”. (Ali-Imran,
133)
Allah Subhanu
wa-Ta’ala tidak akan
membiarkan para
hambanya bergelumang
dengan berbagai dosa,
oleh kerana itu
Allah sentiasa
membuka luas pintu
taubat dan
keampunannya kepada
mereka yang mahu
bertaubat. Allah
memberikan contoh
bahawa Nabi Adam dan
Hawa telah bertaubat
dari kesalahannya
dan Allah Yang Maha
Pengasih dan
Penyayang menerima
taubat mereka. Allah
berfirman:
“Keduanya (Adam dan
Hawa) berdoa, Ya
Tuhan kami! Kami
telah menganayai
diri kami sendiri
dan jika Engkau
tidak mengampuni
kami, nescaya kami
termasuk orang-orang
yang merugi”. (Al-Baqarah,
23)
“Kemudian Adam
Menerima beberapa
kalimat dari
Tuhannya, maka Allah
menerima taubatnya.
Sesungguhnya Allah
Maha Penerima taubat
lagi Maha Penyayang”.
(Al-Baqarah, 37)
“Kemudian Tuhan
memilihnya (Nabi
Adam ‘alaihis salam),
maka Dia menerima
taubatnya dan
memberi petunjuk”. (Taha:
122)
------
Jangan
Menzalimi Diri
Sendiri
------
Manusia sebagai
hamba Allah
terbahagi kepada dua
bahagian, pertama:
Orang yang bertaubat
dari kesalahannya
dan kedua: Orang
yang menzalimi
dirinya sendiri.
Dianggap orang yang
menzalimi dirinya
sendiri ialah orang
yang tidak mahu
bertaubat. Orang
yang tidak mahu
bertaubat
seolah-olah tidak
mengenali Tuhannya,
tidak mengetahui
hak-haknya yang
diberikan oleh Allah
kepadanya dan tidak
melihat aib dirinya
dan perbuatannya.
Manusia perlu sedar
bahawa Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi
wa-sallam walaupun
sebagai seorang Nabi
dan Rasulullah namun
baginda disetiap
hari sentiasa
bertaubat
sebagaimana sabda
baginda:
“Wahai sekalian
manusia!
Bertaubatlah kamu
sekalian kepada
Allah, kerana demi
Allah, sesungguhnya
aku bertaubat
kepadaNya lebih dari
tujuh puluh kali
dalam sehari”.
Apabila bertaubat,
bererti seseorang
itu telah
meninggalkan jalan
orang yang sesat,
terkutuk dan
dimurkai Allah,
kemudian kembali
kepada Allah
Subhanahu wa-Ta’ala
dengan seluruh
dimensi kesedaran di
hatinya.
------
Cara-Cara
Bertaubat
------
Antara cara-cara dan
makna taubat menurut
syara ialah:
Menyedari besarnya
dosa yang dilakukan
sehingga
menyesalinya dan
menggeruni
balasannya yang akan
tertimpa diakhirat
kelak jika tidak
bertaubat,
sebagaimana sabda
Rasullullah
sallallahu ‘alaihi
wa-sallam:
“Menyesali (dosa)
itu adalah taubat”.
(H/R Ahmad dan Ibn
Majah. Sahih al-Jam’i.
6802)
Berniat serta
berusaha sedaya
upaya menjauhi dan
meninggalkan dosa
yang telah dilakukan
dan bertekad tidak
akan mengulanginya
lagi.
Meninggalkan setiap
apa yang dibenci dan
diharamkan oleh
Allah lahir dan
batin, lantas
beralih kepada yang
dicintai dan
diredhaiNya.
Bertaubat dengan
taubat nasuha
sebagaimana firman
Allah:
“Hai orang-orang
yang beriman!
Bertaubatlah kamu
kepada Allah dengan
taubat nasuha (taubat
yang
semurni-murninya),
mudah-mudahan Tuhan
kamu akan menghapus
kesalahan-kesalahan
kamu dan memasukkan
kamu ke dalam syurga
yang mengalir di
bawahnya
sungai-sungai”. (At-Tahrim,
8)
Sememangnya sudah
tercangkup dalam
agama Islam
pengertian taubat.
Kerana taubat adalah
hakikat Islam, iman
dan ihsan yang
meliputi semua
tingkatan ibadah,
amal dan tingkah
laku seorang mukmin,
dari awal hinggalah
kepengakhir hidupnya.
Oleh itu, setiap
mukmin wajib
menyedari dan
mengetahui hakikat
taubat dan
menerapkan dalam
ilmu dan
kehidupannya. Orang
yang suka bertaubat
amat mulia di sisi
Allah dan
dicintaiNya. Allah
Azza wa-Jalla
bergembira dengan
taubat seseorang
mukmin sehinggalah
ia menjadi
kekasihNya. (Rujuk:
Madarajus Salikin
jld. 1 hlm. 187 Ibn
Qayyim) Allah
berfirman:
“Sesungguhnya Allah
mencintai
orang-orang yang
mahu bertaubat dan
orang-orang yang
mahu membersihkan
dirinya sendiri”.
(Al-Baqarah, 2: 222)
Orang yang leka atau
tidak mahu bertaubat,
kemudian menyerahkan
nasibnya kepada qada
dan qadar, maka ia
adalah seorang yang
amat jahil, telah
meninggalkan
perintah Allah,
seorang yang sombong,
tidak sedar diri,
dan telah menzalimi
darinya sendiri
sebagaimana firman
Allah Azza wa-Jalla:
“Dan barangsiapa
yang tidak mahu
bertaubat maka
mereka itulah
orang-orang yang
zalim”. (Al-Hujurat,
49:11)
Allah menyeru dan
memerintahkan agar
hambaNya yang
berdosa sering
bertaubat dengan
taubat nasuha (taubat
yang murni).
Perlulah diketahui
dan disedari bahawa
Allah Yang Maha
Pengasih dan
Pengampun sentiasa
menerima taubat
seseorang walau
bagaimanapun
besarnya dosa yang
telah dilakukan.
Allah berfirman:
“Tidakkah mereka
mengetahui,
bahawasanya Allah
menerima taubat
hamba-hambanyaNya”.
(At-Taubah, 9:104)
Bertaubat bukan
sahaja merupakan
perintah Allah,
tetapi taubat adalah
nikmat dan penghapus
segala dosa sehingga
tiada hadnya dosa
yang diampunkan.
Dosa di pagi hari
terhapus lantaran
taubat di waktu
petang dan dosa di
siang hari terhapus
lantaran taubat di
waktu malam.
Bagitulah janji
Allah di dalam
firmanNya:
“Hai orang-orang
yang beriman!
Bertaubatlah kamu
kepada Allah dengan
taubat yang
semurni-murninya,
mudah-mudahan Tuhan
kamu akan
menghapuskan
kesalahan-kesalahanmu
dan memasukkan kamu
ke dalam syurga yang
mengalir di bawahnya
sungai-sungai”.
“Dan Dialah yang
menerima taubat dari
hambaNya dan
mengampunkan segala
dosa dan Dia
mengetahui apa yang
kamu kerjakan”. (As-Syura,
43:25)
“Dan hendaklah kamu
meminta ampun kepada
Tuhanmu dan
bertaubatlah
kepadaNya (jika kamu
mengerjakan yang
demikian), nescaya
Dia akan memberi
kenikmatan yang baik
(terus menerus)
kepadamu sampai
kepada waktu yang
telah ditentukan dan
Dia akan memberi
kepada tiap-tiap
orang yang mempunyai
keutamaan (balasan)
keutamannya. Jika
kamu berpaling, maka
sesungguhnya aku
takut kamu akan
ditimpa siksa Hari
Kiamat”. (Hud, 11:3)
“Dan hendaklah kamu
meminta keampunan
kepada Tuhanmu dan
bertaubat kepadaNya”.
(Hud, 3)
Dari Abu Musa al-Asy’ari
radiallahu ‘anhu
beliau menceritakan:
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah
Azza wa-Jalla
membentangkan
tanganNya di malam
hari untuk menerima
taubat orang yang
berbuat dosa di
siang hari dan
membentangkan
tanganNya di siang
hari untuk menerima
taubat orang yang
berdosa di malam
hari. Demikianlah
seterusnya sehingga
sampai matahari
terbit dari barat (Kiamat)”.
(H/R Muslim)
Demikianlah
keutamaan taubat
sehingga orang yang
meninggalkan taubat
dianggap membiarkan
dirinya dalam dosa
dan menzalimi
dirinya sendiri.
Predikat zalim hanya
hilang apabila
dihapuskan dengan
bertaubat dan
mengamalkan yang
diperintah serta
meninggalkan yang
dilarang.
------
Syarat-Syarat Taubat
------
Mengikut Manhaj
Salaf as-Soleh,
antara syara-syarat
taubat yang wajib
dipenuhi agar taubat
di terima oleh Allah
Azza wa-Jalla ialah:
Berazam dan bertekad
untuk meninggalkan (tidak
akan mengulangi lagi)
perbuatan dosa yang
telah dilakukan.
Kesal (menyesali)
dan berduka di dalam
hati terhadap
perbuatan dosa yang
dibuat.
Bersegera
meninggalkan dosa
yang telah dilakukan
semata-mata kerana
Allah.
Jika dosa yang
dilakukan berkaitan
dengan orang lain,
syaratnya ia wajib
membebaskan dirinya
dari hak yang bukan
miliknya untuk
dikembalikan kepada
yang berhak atau
minta dihalalkan,
ini bererti jika
berupa harta benda
wajib dikembalikan.
Jika berupa fitnah,
ghibah (umpatan),
penghinaan, cacian,
kutukan, laknat dan
kezaliman, maka
wajib meminta maaf
daripada orang
tersebut terutama
terhadap kezaliman
yang dilakukan
kepadanya.
------
Hukum Taubat
------
Sepakat para ulama
Ahli Sunnah
wal-Jamaah yang
bermanhaj Salaf as-Soleh
mengatakan bahawa:
“Bertaubat dari
segala dosa hukumnya
wajib bagi setiap
muslim lelaki dan
perempuan, kerana
manusia selain nabi
dan rasul tidak
sunyi dari dosa (tidak
maksum)”.
Rasulullah bersabda:
“Setiap Bani Adam
mereka itu bersalah
dan sebaik-baik
mereka yang
melakukan kesalahan
itu ialah mereka
yang bertaubat”.
Hadis di atas
menyatakan bahawa
semulia-mulia
manusia adalah yang
bertaubat apabila
menyedari dirinya
telah melakukan dosa
atau bersalah. Allah
Azza wa-Jalla pula
telah memerintahkan
setiap mukmin agar
mereka segera
bertaubat, janganlah
ditangguh-tangguh
atau
dilewat-lewatkan.
Adapun antara
dalil-dalil dari al-Quran
tentang wajibnya
segera bertaubat
ialah:
“Bertaubatlah kamu
sekalian wahai kaum
mukminin kepada
Allah semoga kamu
mendapat keuntungan”.
(An-Nur. 31)
Bertaubat adalah
amalan para Nabi,
para Rasul, para
sahabat, tabi’in,
tabi’ut at-tabiin (para
salaf) dan
orang-orang soleh.
Perkara ini telah
digambarkan di dalam
ayat-ayat al-Quran:
“Kemudian Adam
menerima beberapa
kalimah dari
Tuhannya, maka Allah
menerima taubatnya.
Sesungguhnya Allah
Maha Penerima taubat
lagi Maha Penyayang”.
(Al-Baqarah, 2:37)
Sesungguhnya Allah
telah menerima
taubat Nabi,
orang-orang
Muhajirin dan
orang-orang Ansar,
yang mengikuti Nabi
dalam masa kesulitan,
setelah hati
segolongan dari
mereka hampir
berpaling, kemudian
Allah menerima
taubat mereka itu.
Sesungguhnya Allah
Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
kepada mereka”. (At-Taubah,
9:117)
“(Iaitu) bahawasanya
barangsiapa yang
berbuat kejahatan
antara kamu lantaran
kejahilan, kemudian
ia bertaubat setelah
mengerjakannya dan
mengadakan perbaikan,
maka sesungguhnya
Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang”.
(Al-An’am, 6:54)
“Sesungguhnya taubat
di sisi Allah
hanyalah taubat bagi
orang-orang yang
mengerjakan
kejahatan lantaran
kejahilan, yang
kemudian mereka
bertaubat dengan
segera, maka mereka
itulah yang diterima
Allah taubatnya dan
Allah Maha
Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. Dan
tidaklah taubat itu
diterima Allah dari
orang-orang yang
mengerjakan
kejahatan (yang)
hingga apabila
datang ajal kepada
seseorang antara
mereka (barulah) ia
mengatakan:
Sesungguhnya saya
bertaubat sekarang.
Dan tidak (pula
diterima taubat)
orang-orang yang
mati sedang mereka
di dalam kekafiran”.
(An-Nisa, 4:17-18)
Rasulullah
sallallahu ‘alaihi
wa-sallam telah
berdoa dengan doa
meminta pengampunan
dan taubat
sebagaimana yang
berikut ini:
“Ya Tuhanku!
Ampunkanlah diriku
dan terimalah
taubatku.
Sesungguhnya Engkau
adalah Maha Penerima
taubat dan Maha
Pemberi rahmat”.
(H/R Turmizi. Dan
berkata Turmizi:
Hadis hasan sahih)
------
Tanda-Tanda
Diterimanya Taubat
------
Petanda seseorang
itu bertaubat dan
telah diterima
taubatnya telah
dijelaskan oleh
Ibnul Qayyim
rahimahullah. Antara
tanda-tanda tersebut
ialah:
Setelah bertaubat,
seseorang hamba itu
lebih baik dari
sebelumnya.
Terus diselubungi
rasa takwa dan takut
terhadap dosanya dan
tidak pernah merasa
aman dari siksa
Allah walau sekelip
mata.
Terlepas dari
cengkaman dosa yang
dilakukan kerana
penyesalan dan rasa
takutkan dosa.
Lembut hatinya
setelah bertaubat
dengan kelembutan
yang sempurna,
sehingga tunduk
kepada Allah walau
dalam keadaan marah
dan sentiasa dalam
kekhusukan. (Lihat:
Madarajus Salikin.
Jld. 1)
Allah Azza wa-Jalla
telah menggambarkan
ciri-ciri atau
keadaan orang yang
telah bertaubat di
dalam firmanNya,
bahawa mereka
sentiasa beramal
soleh dengan cara
mendirikan solat,
mengeluarkan zakat,
menyuruh berbuat
baik dan melarang
dari mengerjakan
yang mungkar:
“Mereka itu adalah
orang-orang yang
bertaubat, yang
beribadat, yang
memuji (Allah), yang
melawat (mencari
ilmu, berjihad,
berpuasa), yang
menyuruh berbuat
makruf dan menegah
berbuat mungkar dan
memelihara
hukum-hukum Allah.
Dan gembirakanlah
orang-orang mukmin”.
(At-Taubah, 9:112)
“Jika mereka
bertaubat (mereka)
mendirikan solat dan
menunaikan zakat,
maka (mereka itu)
adalah saudara-mara
mu seagama”.
Allah Subhanahu
wa-Ta’ala telah
menggambarkan di
dalam al-Quran
tentang sikap mereka
yang telah bertaubat
dan ikhlas dalam
taubatnya, bahawa
mereka bertambah
kuat iman dan
amalnya, memperbaiki
ibadahnya dengan
cara banyak beramal
soleh, belajar
ilmu-ilmu agama,
konsisten dan
sentiasa beriltizam.
Firman Allah:
“Kecuali orang yang
bertaubat, beriman
dan beramal soleh,
maka mereka itu akan
masuk syurga dan
tidak dianiaya (dirugikan)
sedikitpun”. (Maryam,
19:60)
“Kecuali orang-orang
yang taubat dan
mengadakan perbaikan
dan berpegang teguh
pada (agama) mereka
kerana Allah. Maka
mereka itu adalah
bersama-sama orang
yang beriman dan
kelak Allah akan
memberikan kepada
orang-orang yang
beriman pahala yang
besar”. (An-Nisa,
4:146)
------
Taubat
Nasuha
------
Sebagaimana yang
telah dijelaskan
bahawa bertaubat
nasuha atau taubat
yang murni adalah
dituntut oleh syara
berdasarkan firman
Allah:
“Wahai orang-orang
yang beriman!
Bertaubatlah kamu
sekalian dengan
taubat nasuha (taubat
yang murni)” (At-Tahrim,
8)
Ibnul Qayyim al-Jauziyah
rahimahullah telah
menjelaskan
cara-cara taubat
nasuha:
Pertama:
Meminta pengampunan
(taubat) yang
meliputi segala
dosa-dosa maksiat
tanpa ada kecualinya,
sehingga tidak ada
dosa yang tidak
disertakan dalam
taubatnya.
Kedua:
Membulatkan tekad
dan kejujuran hati
dengan sepenuhnya
supaya tidak
menyiksa pada
dirinya
keragu-raguan,
kekesalan atau
menanti-nanti (masa
bertaubat). Tetapi
seorang hamba harus
mengerahkan segala
keinginan dan
ketekadannya untuk
segera bertaubat.
Ketiga:
Memurnikan taubat
dari berbagai noda
dan penyakit yang
mengganggu
keikhlasan bertaubat.
Seterusnya
memastikan agar
taubat itu
benar-benar dari
rasa takut,
kesedaran dan gentar
terhadap siksa
Allah, mengharapkan
apa yang ada di
sisiNya dan khawatir
terhadap ancamanNya..
Jauhilah diri dari
cara taubatnya
orang-orang yang
hanya ingin
mempertahankan
maruah dan
kehormatannya,
kedudukannya,
jawatannya,
kepemimpinannya
untuk memelihara
kekuasan dan harta
bendanya, atau demi
mendapatkan pujian
orang banyak, takut
pada penghinaan
manusia agar
orang-orang yang
bodoh tidak
memperbodohkan dan
menghinanya, atau
sekadar memenuhi
sifat rakusnya
terhadap dunia, atau
kerana muflis yang
tidak berdaya lagi,
atau taubatnya
lantaran penyakit
yang tersembunyi
yang telah
merosakkan kebenaran
dan ketulusan
taubatnya kepada
Allah Azza wa-Jalla.
(Lihat Madarijus
Salikin Jld.1 Hlm.
178)
Ketiga-tiga perkara
di atas yang
dijelaskan oleh Ibn
Qayyim sewajarnya
difahami dan
dipenuhi apabila
bertaubat, kerana
dengannyalah taubat
nasuha seseorang itu
akan diterima oleh
Allah Azza wa-Jalla.
------
Dosa Umpama
Penyakit Yang
Merbahaya
------
Orang yang
berpenyakit
memerlukan ubat dan
rawatan. Dosa
diumpamakan penyakit
rohani yang
bertempat di hati
sebagaimana firman
Allah:
“Dalam hati mereka
ada penyakit, lalu
ditambah Allah
penyakitnya”. (Al-Baqarah,
2:10)
Taubat merupakan
terapi, pengubat dan
penghapus segala
dosa (penyakit) dan
pembersih kekotoran
hati yang dicemari
oleh dosa. Perkara
ini telah dijelaskan
oleh Rasulullah
sallallahu ‘alaihi
wa-sallam disebuah
hadis baginda:
“Dari Abu Hurairah
radiallahu anhu,
beliau berkata:
Rasulullah
sallallahu ‘alaihi
wa-sallam telah
bersabda:
Sesungguhnya jika
seorang mukmin itu
melakukan dosa, maka
dosa itu menjadi
noktah hitam di
dalam hatinya. Lalu
jika dia bertaubat,
melepaskan dosanya
dan memohon
keampunan, maka
hatinya menjadi
bersinar. Yang
demikian itulah
tutupan yang disebut
Allah Azza wa-Jalla
dalam kitabNya:
Sekali-kali tidak (demikian)!
Sebenarnya dosa yang
selalu mereka
lakukan itu menutup
hati mereka”. (Ayat
di surah al-Muthaffifin,
14. Menurut At-Tirmizi
hadis ini hasan
sahih. Minhajul
Qasisin. Ibnu
Qudamah. Hlm. 388)
Al-Hasan radiallahu
‘anhu pula berkata:
“Kebaikan adalah
cahaya di dalam hati
dan kekuatan bagi
tubuh. Sedangkan
dosa merupakan
kegelapan di dalam
hati dan kelesuan
bagi tubuh”. (Lihat:
Minhajul Qasidin.
Hlm. 388. Ibnu
Qudamah)
Oleh itu, janganlah
dibiarkan hati gelap,
lesu dan tersiksa
kerana berpenyakit,
ubati dan rawatlah
hati dengan banyak
meminta pengampunan
kepada Allah Yang
Maha Pengampun
dengan segera dengan
cara bertaubat.
------
Taubat
Nasuha Menghapuskan
Semua Dosa
------
Menurut ulama tafsir,
semua dosa akan
diampunkan oleh
Allah Subhanahu
wa-Ta’ala lantaran
taubat nasuha. Sama
ada yang besar
seperti kufur,
syirik atau murtad
dan tercangkup
dosa-dosa yang lebih
rendah dari itu juga
akan terampun.
Adapun keraguan
bahawa dosa-dosanya
terlalu banyak untuk
diampunkan oleh
Allah sehingga berat
untuk bertaubat,
maka Seyikh Muhammad
Soleh al-Munajjid
berkata
punca-puncanya ialah
dikeranakan oleh:
Ketidak-yakinan
seseorang terhadap
luasnya rahmat Allah
dan kasih sayangNya.
Lemahnya iman dan
keyakinannya
terhadap kuasa Allah
yang mampu
mengampuni
keseluruhan dosa
makhlukNya.
Kurang berharap,
berdoa, mengingati
dan tawadhu’ kepada
Allah.
Tidak berkeyakinan
bahawa taubat itu
pasti menghapuskan
semua jenis dosa
disebabkan rahmat
Allah. (Lihat: اريد
ان اتوب ولكن
Muhammad Soleh al-Munajjid)
Allah tidak pernah
merasa rugi atau
kekurangan jika
mengampunkan segala
dosa hambaNya yang
meminta pengampunan.
Pengampunan Allah
Azza wa-Jalla
sentiasa diberikan
kepada hambaNya yang
bertaubat kerana
rahmatNya meliputi
segala-galanya.
Firman Allah
Subhanahu wa-Ta’ala:
“Dan rahmatKu
meliputi segala
sesuatu”. (Al-A’raf,
156)
“Katakanlah! Hai
hamba-hambaKu yang
melampaui batas
terhadap diri mereka
sendiri! Janganlah
kamu berputus asa
dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah
mengampunkan semua
dosa”. (Az-Zumar,
53)
Rasulullah
sallallahu ‘alaihi
wa-sallam telah
bersabda:
“Orang yang
bertaubat dari
dosanya bagaikan
orang yang tidak
mempunyai dosa sama
sekali”. (H/R Ibn
Majah. Sahih al-Jami’.
2008)
------
Pintu Taubat
Sentiasa Terbuka
------
Pintu taubat
sentiasa terbuka
kecuali setelah roh
berada di
kerongkongan (sakaratul
maut). Dan taubat
belum tertutup
sebelum mata hari
terbit dari barat (Kiamat).
Sebagaimana sabda
Rasulullah sallahu
‘alaihi wa-sallam:
“Sesiapa yang
bertaubat kepada
Allah sebelum rohnya
berada di
kerongkongan (Sakaratul
maut), maka Allah
menerima taubatnya”.
(H/R Ahmad dan
Turmizi. Sahihul
Jami’ 6132)
“Sesiapa yang
bertaubat sebelum
matahari terbit dari
barat, maka Allah
menerima taubatnya”.
(H/R Muslim)
Segala hujjah berupa
ayat-ayat al-Quran,
hadis-hadis sahih
dan penjelasan para
ulama yang tertera
di atas, semuanya
menunjukkan bahawa
pintu dan peluang
untuk bertaubat
sentiasa dibuka luas
oleh Allah kepada
sekalian
hamba-hambaNya.
Tidak ada perbuatan
durjana, keji dan
mungkar yang tidak
diampunkan jika
pelakunya bertaubat
nasuha, oleh itu
rebutlah peluang dan
kesempatan ini
sebelum menemui
kematian yang
menakutkan.
Semoga semua
penjelasan di atas
dapat dicernakan di
hati, difahami dan
diamalkan. Dan akhir
sekali, dengan penuh
harapan kita
bermohon kepada
Allah Yang Maha
Agung agar
memberikan kepada
kita kemudahan untuk
memperbaiki amalan
kita, menjauhkan
kita dari maksiat
dan menjadikan kita
insan yang
berkemampuan dan
dimudahkan untuk
beramal soleh,
bertaubat nasuha dan
bertakwa. Amin Ya
Rabbal ‘Alamin!