|
 |
|
Tazkirah
10 Seksaan Wanita Diperlihatkan
Semasa Israk Mikraj Rasululullah
SEPULUH jenis
seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad
SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah
menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan
yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka
adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada
dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang
digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada
punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan
kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya
dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam
kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain
tanpa keizinan suaminya.
Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai
ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah
perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu
mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka
sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan
tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya
sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah
perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka
menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka
memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya
seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah
perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk
anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam
mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang
suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain. |
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|