|
 |
|
Tazkirah
50 Amalan-amalan Terbaik dalam Hidup
Berikut di antara beberapa
perkara yang kadang-kadang kita terlupa untuk mengerjakannya:
-
Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan –
Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
-
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya
setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
-
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak
dsbnya dalam dirinya.
-
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.
- ALLAH
akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
-
Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan
yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
-
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu
berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
-
Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan
diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
-
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan
izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
-
Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,
beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
- Nabi
tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan
sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan
itu pemberian orang lain.
-
Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu
jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan
dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
-
Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH
seperti yang dihadapi oleh para nabi
-
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada
air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan
sembuh
-
Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak
fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci,
ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
-
Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran
dalam menghadapi apa jua masalah
- Nabi
SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah
supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir
dan doa seketika bersama makmum
- Allah
akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat
sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
- Nabi
tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan
dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya
terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
-
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai
solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp
sebarang bencana
- Nabi
sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.
Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang
berkaitan dengan hidung
-
Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga
kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya
beristighfar 75 kali sehari
-
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta
bahaya fitnah
-
Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan –
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung
(yang berada di kiri badan) mengepam darah
-
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA
- Tika
Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu
meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) – Bukhari
-
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat
kemurkaan ALLAH
- Wuduk
dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa
perlu mandi wajib jika ingin tidur
-
Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya
syaitan yang melalaikan
-
Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi
berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn
bimbang terdedah aurat) – Bukhari
-
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)
daripada baginda SAW
-
Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) –
Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
-
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali
sehari
-
Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim)
tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya
beristighfar 75 kali sehari
- Nabi
seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih
waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) – bukhari
- Ada
riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang
-
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila
Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
- Jiwa
yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas
rahmatNya
- Sabda
Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali
pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya – Abu Naim
- Nabi
tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah &
amat menghargainya – Bukhari
-
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak
disangka-sangka baginya
-
Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu &
jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
-
Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg
tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
-
Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak
kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun &
wabak penyakit berbahaya yang lain
-
Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai
tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
-
Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH
akan hajatnya
- Beri
salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari.
Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
-
Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya
dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali
setiap selesai solat Maghrib
-
Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu
adalah sedekah-Ad-Dailami
- Para
ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan
senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti
dengan usaha yang berterusan.
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|