|
 |
|
Tazkirah
50 Langkah Menjadi Suami Mithali
Langkah Bestari Suami
Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Para isteri pun boleh baca
-
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa
berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang.
Ramai suami terlupa.
-
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa
isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk
anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
- Suami
mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat
positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
-
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan
akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
-
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa
minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
-
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa
seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej
tersebut.
-
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau
gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan
mengeratkan hubungan suami isteri.
-
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.
Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam
kenderaan.
-
Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan
dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan
semasa makan.
- Ajak
isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi
bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami
isteri.
- Bantu
isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan
menbahagiakan pasangan anda.
-
Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan
bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan
menyelesaikan banyak masalah.
-
Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi
mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?
- Didik
isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
-
Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri
bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan
isteri derita dan rumah tangga terancam.
-
Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang
bahagia membentuk keluarga sejahtera.
-
Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan
keluarga juga patuh kepada Tuhan.
- Suami
mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri
kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
-
Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami
yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada
suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
-
Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat
suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
-
Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
- Tegur
kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk
bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
-
Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam
rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati
keluarga bagi mendapat hikmah.
-
Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
- Suruh
isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,
telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan
isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini
sehingga suami meninggal dunia.
-
Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah
sensara serta berteraskan iman dan takwa.
-
Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan
turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
- Pamer
keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak
ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
- Pamer
kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,
bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
masalah.
-
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa
terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita
termasuk pembantu rumah.
-
Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami.
Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah
menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat
lelaki dan lebih disayangi wanita.
- Mahir
dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli
keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif
penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
-
Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci
hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta
maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat
dan baiki amalan dan tindakan.
- Jadi
contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya
setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli
keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh
ahli keluarga ?
-
Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk
keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik
ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap
keluarga.
-
Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik
keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat
mendidik diri dan keluarga.
-
Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk
dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi
menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
-
Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam
menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi
nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang
pijak.
- Latih
diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai
kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan
fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang
untuk sentiasa memuji.
- Cari
peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk
senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat
sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
-
Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula
berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan,
telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan
maklumat dan mengubat rindu.
-
Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati
dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama
melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan
banyak berdoa.
- Nilai
diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang
isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.
Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
-
Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan,
pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum
kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
- Suami
wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan
dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang
baik. Kawal macho dengan saksama.
- Buat
undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri
mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini
mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh
sendirian.
- Latih
gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.
Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan,
maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk
isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
-
Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan
nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa
rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
-
Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin
juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.
Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang,
sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
- Urus
stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan
riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang
positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi,
sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|