|
 |
|
Tazkirah
Adab Menziarahi Orang Sakit
* Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana
perbuatan ini boleh mengganggunya.
* Apabila berada di sisinya, hendaklah sentuh dan pegang tangannya.
Kemudian letakkan tangan pada dahinya serta tanya mengenai penyakit
dan keadaannya.
* Berdoa supaya dia segera sembuh.
* Ceritakan kelebihan sakit yang dialami sahabat, rasul dan nabi
serta orang beriman supaya pesakit itu tidak berasa gelisah dengan
kesakitan dialaminya.
* Berikan nasihat yang baik serta ucapkan perkataan yang dapat
meredakan kesakitannya seperti "bersabarlah, kesakitan ini adalah
satu ujian."
* Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang
disediakan untuknya.
* Sunat dibacakan doa untuknya, seperti dalam hadis yang dinyatakan
at-Tirmidzi yang bermaksud: "Ya Allah, hilangkanlah penyakitnya,
wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan,
tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu
sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit." |
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|