|
 |
|
Tazkirah
Adakah Kita Sudah Menjalankan Tugas
Sebagai Khalifah?

~Khalifah hebat, Sultan Muhammad B Murad al-Fatih~
Apakah Tujuan Hidup?
Apa yang dicari di dunia ini? Makan, minum, mundar-mandir, nikah,
tidur, dan mati? Kita bukan dicipta sekadar untuk itu.
Adakah sekadar meratap hiba di sejadah? Ya, ia satu perbuatan
kehambaan yang sangat besar faedahnya.. Tapi Islam tidak sekadar
di situ. Selain daripada hamba yang beribadah pada Tuhannya,
kita juga adalah khalifah..
Firman Allah SWT:-
"Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan
membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?"
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui".
(al-Baqarah: 30)
Jika hamba itu bersifat lemah, meratap hiba dan bergantung pada
tuannya, itu adalah sikap yg dipamerkan ketika beribadah ritual.
Bagaimana Sifat Khalifah?
Bagaimana pula dengan sifat seorang khalifah? Seorang khalifah
adalah pentadbir. Tidak cukup untuk seorang khalifah menjadi
baik seorang diri seandainya orang di bawahnya dipandang sebelah
mata.
Adakah kita sudah menjalankan tugas sebagai seorang khalifah
yang menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar atau kita sekadar
tidak peduli dengan maksiat yang seringkali muncul di depan mata?
Adakah kita benar-benar menjaga diri dan keluarga dari api dunia
malah yang lebih dasyat lagi, api akhirat? Adakah anak-anak
lelaki & perempuan sudah diajar akan ajaran agamanya yang
benar-benar tulen?
Adakah mereka telah diajar agar bukan sahaja menutup aurat,
malah juga menahan pandangan dari memandang yang haram? Adakah
apa yg kita ajar itu, sentiasa kita kuatkuasakan kpd mereka atau
sekadar di bibir kita sahaja?
Kata pepatah dari mata turun ke hati.. semuanya ada aturan, ada
kronologi.. Jika baik kita laksanakan tugasan sebagai hamba &
khalifah, maka baiklah generasi yg akan datang.
Mengingati Tugas Sebagai Hamba &
Khalifah Allah
Setiap kali mahu terlalai, cubalah untuk mengingatkan diri akan
tujuan hidup. Tadabbur ayat yang menunjukkan tugas kehambaan.
Firman Allah SWT:-
"Dan Aku tidak menciptakan jin
dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"
(adz-Dzariyat: 56)
Tadabur ayat yang menyatakan akan tugas sebagai khalifah.
"Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan
membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?"
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui".
(al-Baqarah: 30)
Lihat pula ayat dari surah al-Mulk ini yang juga menyatakan
tentang tujuan manusia diciptakan:-
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa
di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa
lagi Maha Pengampun".
(al-Mulk: 2)
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
azizul.karim@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirahl
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|