|
Tazkirah
Antara Kesalahan Berkaitan Solat
Solat
adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika
Solat atau sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya
dan begitulah sebaliknya.
Solat
perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu
dilakukan berkaitan sembahyang adalah:
1.
Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan
Ijmak. Allah berfirman bermaksud: “Apakah yang membuat kalian masuk
ke dalam Neraka Saqar?” Mereka menjawab: “(Kerana) kami dulu tidak
termasuk orang yang mendirikan solat.” (Surah Al-Muddatstsir, ayat
4)
Rasulullah saw bersabda: “Perjanjian antara kami dengan mereka
adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir.” (Hadis
riwayat Ahmad dan lainnya).
2.
Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah swt bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang
beriman dalam waktu yang sudah ditentukan.” (Surah an-Nisa, ayat
103)
Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak
adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: “Itu adalah solat orang
munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah
berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan
melakukan empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya
kecuali sedikit.” (Hadis riwayat Muslim).
3. Tiada
thuma’ninah dalam solat.
Thuma’ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya.
Thuma’ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan
duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya,
tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun
lainnya.
4. Tidak
khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
5.
Mendahului atau menyamai perlakuan Imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat terbatal. Makmum hendaklah mengikuti
Imam, tidak mendahului atau menyamai perbuatan Imam.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya diadakannya Imam itu untuk
diikuti, kerana itu jika dia (Imam) bertakbir, bertakbirlah, dan
jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk,
maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk.” (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6.
Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat berikutnya sebelum
Imam selesai dari salam kedua bagi yang ‘masbuq’ (tidak bersama Imam
semasa takbiratul ihram).
7.
Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika
solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: “Hendaklah orangmu
berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat
atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka.” (Hadis
riwayat Muslim).
“Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia
adalah suatu kebinasaan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
8.
Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah
solat. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita
kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali
wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
“Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang
menutupi kedua-dua telapak kakinya.”
9.
Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: “Seandainya orang yang lalu di depan orang
solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh
(tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya.” (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim).
10.
Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam
keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti Imam yang sedang rukuk.
11.
Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton
televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: “Wahai orang beriman, janganlah hartamu
dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa
melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah Al-Munafiqun,
ayat 9).
12.
Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan
solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata
diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu
yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.
13.
Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian
atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.” (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim).
14.
Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: “Kami diperintahkan untuk sujud dengan
tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya
sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki (perut
hujung jari kaki).” (Muttafaq Alaih)
Sekian,
Wallahu a’lam.
|