|
Tazkirah
Cara Syaitan Menyesatkan Manusia
Ustaz Dr. Abdullah Yasin
قَالً رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ
ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى
وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan
berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR.
Bukhari dan Muslim)
قَالَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ،
إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ
فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى
وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam
tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah
seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh
tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI. (HR. Bukhari dan
Muslim)
SYARAH AL HADIS:
Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany berkata: Hadis diatas (no.1)
boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam tubuh manusia
secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga
jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin
berdampingan dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia
sebagaimana kedudukan dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan
dengan darah kerana hubungan kedua-duanya yang sangat rapat dengan
manusia.
Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia
jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada
Allah maka syaitan pun akan pergi.
Dari keterangan diatas jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap
kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia pilih "hati" sebagai markasnya
kerana peranan hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala
gerak-gerik anggota manusia adalah atas arahan hatinya. Jika "iman"
seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik.
Tetapi jika sebaliknya "syaitan" yang menguasainya maka ia akan
menjadi manusia yang jahat.
Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh
manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh
tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya,
ketahuilah bahawa dialah hati.
Syaitan adalah musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala
bentuk kerusakan dan kejahatan diatas muka bumi ini. Oleh itu kita
wajib membentengi hati kita denqan Iman atau Akidah yanq kukuh lagi
mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yanq sahih. Dan selain
itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu
mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia.
Semoga dengan banyak mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan
manusia maka kita akan selalu waspada terhadap tipu muslihatnya.
CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA:
Menghiasi kebatilan.
Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi,
menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup
keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik.
قَالَ رَبِّ بِمَا
أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ
وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39)
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab
Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan
menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka
bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr:
39)
Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan
sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq)
dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan
para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan
amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain.
Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik :
قَالَ يَاآدَمُ هَلْ
أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى (120)
Berkata Iblis: " Hai Adam, mahukah saya
tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan
kerajaan yang tidak akan binasa?" (Thaaha / 20: 120)
Oleh itu jangan hairan kalau pengikut-pengikut syaitan dari
kalangan manusia menamakan arak dengan minuman suci, riba dinamakan
bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai kemajuan atau
moden, dan sebagainya.
Menamakan ketaatan dengan'istilah yang menakutkan:
Musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad saw ketika beliau
mengajak mereka beriman:
أَنُؤْمِنُ كَمَا
ءَامَنَ السُّفَهَاءُ
"Akan berimankah kami sebagaimana
orang-orang bodoh itu beriman"? (Al Baqarah 13)
Didalam ayat diatas mereka menggelarkan sahabat-sahabat yang
beriman kepada Nabi saw sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka juga
menggelar Nabi SAW sebagai tukang sihir, penyair gila dan pembawa
ajaran sesat dan lain lain lagi.
Oleh itu jangan hairan kalau pada hari ini kita mendengar
bermacam macam istilah seperti Kaum Muda, Golongan Pelampau, Dakwah
Kontraversi dan lain lain dilontarkan kepada pejuang-pejuang
kebenaran yang ingin menegakkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw.
Sebagaimana mereka lontarkan istilah "mundur" kepada orang yang
ingin menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran agamanya.
Demikianlah halnya kalau hati telah dikuasai oleh syaitan maka
segala-galanya akan menjadi terbalik. Maka Hidayah akan dikatakan
Dhalalah (sesat), yang sesat dikatakan petunjuk. Yang Sunnah
dikatakan bid’ah, dan bid'ah dikatakan Sunnah. Yang hak dikatakan
batil dan yang batil akan dikatakan hak. Ukuran kebenaran bagi
mereka adalah nafsu bukan lagi Al Quran dan Sunnah Nabi.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ
ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي
الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ
إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ (الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)
Hai orang orang yang beriman, taatilah
Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu.
Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalilah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya),
jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian.
Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(An Nisa’ / 4: 59)
Dia menggoda melalui kegemaran seseorang:
Syaitan menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari
oleh orang itu. Syaitan dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar
hidup kekal dalam syurga. Oleh itu dia goda Nabi Adam mealui buah
khuldi (buah kekekalan).
Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu kuasa, takhta dan wanita.
Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang melalui saluran
tersebut. Begitu juga dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak
takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai gegemaran ini
akhirnya terlibat dengan judi rasywah dan meninggalkan solat?
Menggoda secara berangsur-angsur:
Syaitan tidak berkata: Hai manusia buatlah dosa itu dan ini!
Tetapi caranya ialah dengan bertahap-tahap. Mula-mula memandang,
kemudian tersenyum, lalu berteguran, kemudian berjanji, selanjutnya
bertemu, dan akhirnya melakukan dosa. Allah berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ
ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ
خُطُوَاتِ
الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ
يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah
kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang
mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu
menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (An
Nuur / 24: 21)
Barangsiapa yang memahami kaedah " Saddudz Dzaraai " akan
jelaslah baginya mengapa Islam melarang berkhalwat denqan wanita
ajnabi (bukan mahram), membuat patung dan sebagainya.
Menghalang manusia mengikutl kebenaran:
Syaitan telah berjanji dihadapan Allah akan berusaha menyesatkan
umat manusia kecuall orang-orang yang ikhlas.
قَالَ فَبِمَا
أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16)
ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ
وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ
أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)
" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah
menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi)
mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan
mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan
dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan
mereka bersyukur (taat) ". (Al A'raaf / 7: 16 -17)
Maksud: " Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari
jalan Engkau yang lurus ". Menurut Imam Al Qurthuby: Iaitu
menghalang-halangi mereka agar jangan mengikuti jalan yang lurus.
Dihiasinya kebatilan sehingga kelihatan indah dan menarik. Akhirnya
mereka musnah sebagaimana dia musnah. Sedangkan maksud " Jalan yang
lurus " ialah jalan boleh menyampaikan manusia ke syurga.
Menurut Al Hakam Bin 'Utaibah: " Dari hadapan mereka " ertinya
dari dunia mereka, " Dari belakang mereka " ertinya dari akhirat
mereka, " Dari kanan mereka " ertinya dari kebaikan mereka. " Dari
kiri mereka " ertinya dari kejahatan mereka.
Menyamar sebagai penasihat:
Syaitan tidak mendatangi manusia sambil menyuruh: " Lakukanlah
dosa ini, dosa itu supaya kamu nanti diseksa ". Tetapi biasanya
syaitan datang menyamar sebagai penasihat.
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ (21)
" Dan dia (syaitan) bersumpah
kepada keduanya: " Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang
memberi nasihat kepada kamu berdua ". (Al (Araaf / 7: 21)
Allah mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nasihat
manis syaitan itu:
يَابَنِي ءَادَمَ لَا
يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ
الْجَنَّةِ
"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu
dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan
kedua ibu bapamu dari syurga". (Al 'Araaf / 7: 27)
Diriwayatkaan dari sebahagian ulama salaf: "Jika kamu diganggu
syaitan dalam solatmu dan dia berkata: Ada orang yang sedang
memperhatikan solatmu oleh itu perelokkanlah solatmu. Maka orang itu
tidak akan selamat kecuali dengan menolak rayuan syaitan itu,
walaupun pada zahirnya seperti nasihat untuk manusia".
|