|
 |
|
Tazkirah
Hadiah
Malam Jumaat
Pengalaman Salih Al
Mazi
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke
masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia
berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah
pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang
boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh
masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama
mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju
kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia
duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu,
tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke
dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau
terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar
tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam
talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa
talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk
orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan
ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang
setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian
menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan
telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk
bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak
ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda
setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain
menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia
bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan
anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy
terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat
ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun
berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal
mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya
yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih !
Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar
dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah
tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut
sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan
kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu
bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk
melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk
kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu
dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,
cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa
dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat
ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana
biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si
pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar
bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya
kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy
seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah
membalas kebaikanmu itu.
" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau
dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari
Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya
dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah
disebabkan sedekah dan doa dari ibunya
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|