
Beberapa hari lepas,
kita dah bincang tentang betapa pentingnya solat. Dalam tajuk
Solat itu
fardhu bagi umat islam, dapat kita simpulkan
bahawa selagi kita bernyawa, selagi itulah solat difardhukan (diwajibkan)
bagi kita umat Islam.
Kedudukan solat dalam
Islam adalah teramat tinggi dan teramat mulia. Perkara ini telah
diperjelaskan dalam sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
“Sembahyang itu adalah
tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah
menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya
bererti dia telah meruntuhkan agamanya” — Hadis riwayat Baihaqi.
Sanggupkah kita
meruntuhkan agama? Tepuklah dada, tanyalah iman.
Sebelum kita pergi lebih
jauh, aku nak tanya dulu. Pembaca dah solat ker?
Kalau belum, pergilah
solat dulu. Lepas tu jangan ke mana-mana, sambung balik baca
dengan penuh khusyuk dan tawadduk. 
Dalam memperjelaskan
kepentingan solat, Rasulullah s.a.w bersabda lagi, yang
bermaksud:
“…dan tiada agama bagi
orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat
dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan”
— Hadis riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a.
Uish, tak pedih ker baca
sabda ni? Ibarat kepala di tubuh badan. Kalau takde kepala,
memang tak hidup! Jadi janganlah kita pandang rendah perihal
solat.
Yang setia dan tak
pernah tinggal solat tu, alhamdulillah. Yang masih lagha dan
main-main tu, bertindaklah segera, moga-moga masih belum
terlambat.
Satu lagi sabda nabi
s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal
solat, yang bermaksud:
“Awal-awal perkara yang
dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya
solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima
Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain
amalannya (ditolak oleh Allah).”
Berat betul ibadah solat
ni. Bukan seperti yang kita sangka. Bukan seperti yang kita amal.
Harap-harap solat kita semua diberi petunjuk, supaya elok
dihisab oleh Allah di Akhirat nanti.
Solat adalah rukun Islam
yang kedua dan yang paling utama selepas mengucap dua kalimah
syahadah.
Menurut kitab
Fiqh As-Solah, di dalam
sesebuah solat itu terkumpul hakikat kelima-lima rukun Islam,
termasuklah ucapan dua kalimah syahadah, zakat, puasa, dan haji.
Menakjubkan! Mengucap tu
memang kita tahu. Tapi, macam mana boleh ada zakat dan haji
pulak? Haa, inilah yang kita nak kupas hari ni.
Menurut kitab
Fiqh As-Solah lagi,
memberi salam merupakan doa memohon keselamatan dan
kesejahteraan kepada orang lain.
Salam ini menepati
pemberian zakat untuk menolong orang-orang yang susah supaya
mereka pun hidup bahagia, aman dan sejahtera.
Solat itu sendiri
merupakan zakat harian. Ini kerana orang yang bersolat demi
kerana menunaikan kewajipan solatnya, dia telah merelakan
dirinya menunaikan ibadah solat dan sanggup mengorbankan masanya
yang berharga yang boleh digunakan untuk mencari harta kekayaan.
Jadi ketika dia
menunaikan solat itu, bererti dia telah membelanjakan masanya
yang berharga yang merupakan sumber untuk menghasilkan harta
kekayaan untuk melaksanakan kewajipan solatnya.
Oleh itu, dia dikatakan
seorang yang telah menzakatkan masanya untuk bersolat.
Malahan dia juga seorang
yang telah menzakatkan hartanya kerana membeli pakaian keperluan
solatnya sebagaimana orang yang berzakat mengeluarkan hartanya
kerana kewajipan berzakat.
Selain itu, pelaksanaan
solat itu telah merangkumi pengertian zakat dari segi bahasa,
iaitu kebersihan dan kesuburan.
Dengan menunaikan solat
bererti dia telah membersihkan waktunya dari perlakuan-perlakuan
dosa sebagaimana zakatnya telah membersihkan hartanya.
Malah dia juga adalah
seorang yang telah menambah dan menyuburkan lagi kebajikan dan
pahala dari ibadah solatnya, sebagaimana zakat telah menambah
dan menyuburkan keberkatan dan keuntungan kepada pemberi zakat.
Manakala dari sudut haji
pula, menurut kitab
Fiqh As-Solah, mengadap
kiblat yang menghala ke arah ka’abah adalah menepati mengerjakan
ibadah haji di Mekah. Sudut puasa tidak pula diterangkan dalam
kitab ini.
Setakat ini sahaja aku
nak sampaikan tentang kedudukan dan kepentingan solat.
Ini baru bahagian I,
bahagian II akan menyusul tidak lama lagi, insya-Allah.
Sekian, wallahu a’lam.
Himpunan dari
http://soleh.net/