|
Tazkirah
Kekuatan
Sedekah
Diceritakan
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad,
seperti berikut :
Tatkala
Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah
menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam.
Para
malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih
kuat daripada gunung ?”
Allah
menjawab, ”Ada,
iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata
ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang
dibuat dari besi),
Para
malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada besi ?”
Allah yang
Maha Suci menjawab, ”Ada,
iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur
setelah dibakar api),
Para
malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”
Allah yang
Maha Agung menjawab, ”Ada,
iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika
disiram air),
Para
malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”
Allah yang
Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada,
iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat,
bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat,
tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan
yang teramat dahsyat),
Akhirnya
para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”
Allah yang
Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada,
iaitu amal anak Adam yang
mengeluarkan sedekah
dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.
Ertinya,
yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah
orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga
sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan
ikhlas
tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang
lain.
Berkaitan
dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya
ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :
”Wahai segenap manusia !
Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat,
dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang
diniatkannya”.
Oleh kerana
itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat
yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji,
dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita
menjadi sia-sia.
|