|
Keseimbangan itulah yang hilang
dalam masyarakat kita
Di negara Arab hari ini, poligami menjadi budaya tetapi hak
wanita untuk mendapat kebebasan memilih, mendapat peluang
bersuara dan bercakap pula tidak diberi dan menjadi hamba
paksaan di dalam keluarga dan agama disalah guna sehingga wanita
menjadi hamba lelaki dan dizalimi akhirnya mengundang kebahayaan
dan bencana sosial.
Di negara Malaysia dan asia,
agama tidak diamalkan, wanita terlalu diberi kebebasan dan
longgar untuk keluar bersama lelaki dan ke sana kemari tanpa
penggawalan menyebabkan agama diabaikan serta Islam tidak di
laksanakan.
Kerana itulah pada hari ini,
perkara yang halal tidak dinikmati sepenuhnya dan perkara haram
dibiarkan berleluasa menyebabkan berlaku ketidak seimbangan
dalam masyarakat.
2- Halalkan apa yang dihalalkan dan janganlah mengharamkannya
kerana disebabkan oleh perasaan, pendapat masyarakat,
cakap-cakap orang dan lain-lain yang menyebabkan apa yang halal
tidak dapat dilaksanakan.
Halalkan Perkahwinan,
permudahkan, beri sokongan bukan bantahan
Apa yang saya temui di
dalam perkahwinan ialah apabila orang keberatan hendak bernikah
dengan pasangan yang lebih tua disebabkan kerana takut dikata
dan dicemuh orang sedangkan hal sedemikian ialah halal dan
dibenarkan oleh syarak lalu kenapa menghalang ?
Ada pula perkahwinan antara
sepupu dan kaum kerabat yang dekat, sekalipun rapat dan mesra
seperti adik beradik namun mereka tetap halal dikahwini.
Maka jika sudah berlaku hubungan perasaan dan kehendak di antara
kedua-dua pasangan maka kenapa tidak boleh bernikah ?
Masyarakat kita ini
kadang-kadang agak gila, mereka mengharamkan perkahwinan antara
sepupu dengan alasan keluarga dekat sedangkan hukumnya halal,
sebaliknya mereka membiarkan sepupu-sepapat mesra dan bergaul
rapat, tidak mempedulikan soal aurat dan batasan pergaulan
lelaki perempuan sesama sepupu atas alasan "dah rapat macam adik
beradik" sedangkan hukumnya tetap haram.
Berkahwin lebih daripada
seorang juga menjadi halangan dan kekangan masyarakat, perasaan
dan bahan ejekan serta cemuhan ramai sedangkan hukumnya halal
dan perintahnya jelas di dalam Al-Quran apabila Allah swt jelas
mendahului perintah bernikah dengan lafaz jamak (ramailebih
daripada satu sebagai menyatakan galakkan) dan kemudian
mengakhirinya dengan satu sebagai menyatakan langkah
penyelesaian dan alternatif jika tidak mampu.
Sedangkan peningkatan jumlah wanita tidak berkahwin cukup
membimbangkan dan orang-orang lelaki gagal melaksanakan poligami
disebabkan mahu menjaga perasaan dan enggan menerima cemuhan
sedangkan perbuatan itu halal dan dibenarkan oleh syarak.
Ada pula wanita yang takut
menjadi isteri kedua dan ketiga lebih-lebih lagi nombor empat
kerana tidak mahu dianggap merampas suami orang.
Itulah dia sikap budaya masyarakat kita yang hidup bertuhankan
perasaan dan bertuhankan cakap-cakap orang. Pakaian disalut ke
tubuh berdasarkan apa cakap orang, pergaulan, kelakuan dan
segala tindak kerja di dalam hidup banyak dipengaruhi atas dasar
cakap-cakap orang dan bukan kerana agama.
Kemudian, wanita yang berpelajaran begitu ramai, terkadang
menjumpai lelaki idaman namun takut pula hendak bersuara
lantaran enggan digelar "perigi mencari timba." Mereka malu pula
hendak melaksanakan yang halal namun tak malu pula berbuat
maksiat, berkawan, bergaul mesra lelaki perempuan di atas nama
persahabatan ?
Kenapa tak tawar diri sahaja pada lelaki ? Perbuatan menawarkan
diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang
aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini
berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang
seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam
dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai
rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika
menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra
dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk
akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : "Sesungguhnya dia
itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu
kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar
dirinya demi kebaikan” (lihat hadis sahih dalam riwayat
Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
|