|
Tazkirah
Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi
Nabi Musa adalah
satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan
naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan
Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu
juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya
Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah
pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat
tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan
terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari
di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ,
beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam
beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke
dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar
sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya
dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa
berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah
itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar
semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan
membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan
dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium
dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai
saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu
agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh
berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua
babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan
dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang
hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya
dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai
anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang
tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka
diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi
manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.",
tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi
Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di
Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya.
Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh
itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana
dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat
doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka
telah Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang
soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke
dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia
berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan
ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang
baik di akhirat
kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa
kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan
penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga
dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu
juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T
supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya
mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh
para ibubapa di alam
kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan
melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua
ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat
yang terbaik di sisi Allah.
|