Jangan sengaja lewatkan
solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain
cerita.Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar). Takut
kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum
dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan.
Jangan biarkan pinggan
mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi
kepapaan.
Jangan tidur selepas
solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka
pintu berkat).
Jangan makan tanpa
membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi
syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau
selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar
di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat
bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta
maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama
rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung
kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila
berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk
bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan
berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan
kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya
manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah
hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di
sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan
kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa
yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan sahaja
tazkirah ini tinggal dalam kepala anda. Hantarkan kepada semua
saudara islam yang anda kenal!
Wasalam