|
Lukmanul Hakim
dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan
peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau
merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya
dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah
wajar diambil iktibar oleh kita semua.
Pernah suatu ketika,
beliau mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau
mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula
mengekorinya dengan berjalan kaki.
“Teruknya orang
tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki
sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai,”
kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat
mereka.
” Wahai anakku,
dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu?” tanya
Lukmanul Hakim kepada anaknya.
“Dengar ayah,”
jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Sekarang engkau
naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya,”
katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang
keldai.
“Nampakkah
kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi
ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik
keldai sedangkan dia yang masih muda menunggangnya,
sungguh tidak patut,” kata sekumpulan manusia lain yang
mereka temui di tengah, perjalanan.
“Dengarkah
engkau apa yang mereka perkatakan?” tanya Lukmanul Hakim
kepada anaknya.
Anaknya
mengiyakan pertanyaannya itu.
“Sekarang engkau
turun dari keldai ini, dan kita sama-sama berjalan
kaki,” kata Lukmanul Hakim. Anaknya segera turun dari
keldai.
Tak berapa lama
kemudian mereka bertemu pula dengan sekumpulan manusia
yang lain. “Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai
itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan
barang-barang, bukan untuk diseret seperti lembu dan
kambing,” kata mereka.
“Dengarkah
engkau apa yang mereka kata?” tanya Lukmanul Hakim
kepada anaknya lagi.
“Dengar ayah.”
“Kalau begitu
marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,”
Tidak berapa
lama selepas itu mereka terdengar perbualan sekumpulan
orang yang lain pula. “Sungguh tidak bertimbang rasa
mereka ini, keldai yang kecil ditunggangi berdua!” kata
mereka.
Lukmanul Hakim
lalu bertanya kepada anaknya, “Adakah engkau dengar apa
yang mereka perkatakan?”
“Ya ayah, saya
dengar.”
“Kalau begitu
marilah kita dukung keldai ini,” kata Lukmanul Hakim
Dengan bersusah
payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya mereka
berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu
jugalah mereka mula berjalan, dengan bebanan menanggung
seekor keldai. Apabila orang ramai melihat gelagat
mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak. “Ha! ha!
ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung keldai!”
“Dengarkah
engkau apa yang mereka katakan?” dia bertanya kepada
anaknya lagi.
“Dengar ayah,”
jawab anaknya.
Mereka
meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan
hikmah di sebalik peristiwa tadi, “Anakku, begitulah
lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau
tidak akan terlepas dan kata-kata mereka. Tak kira benar
atau salah, mereka tetap akan mengata.”
“Ingatlah anakku
bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah
hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain.
Yakinlah dengan din sendiri dan gantung harapanmu kepada
Allah.”
Lukmanul Hakim
pernah berwasiat kepada anaknya sebelum beliau
meninggalkan dunia yang fana ini. “Wahai anakku,
janganlah engkau makan kecuali makanan yang sedap sahaja.
Berkahwinlah selalu dan binalah rumahmu di seluruh
pelosok bumi ini.”
Anaknya
seolah-olah tidak percaya dengan wasiat ayahnya itu.
Tetapi mungkin juga ada sesuatu di sebalik kata-kata itu,
fikirnya. Setelah ayahnya selesai dikebumikan dia
berjumpa dengan seorang teman rapat ayahnya, lalu
meminta penjelasan berkenaan kata-kata wasiat ayahnya
itu dengan penuh sangsi.
“Ayahmu memang
benar,” kata teman ayahnya.
Dia semakin
bingung dengan jawapan itu lalu bertanya, “Apakah maksud
pak cik?”
“Wasiat ayahmu
yang pertama bermaksud janganlah engkau makan kecuali
apabila telah benar-benar lapar, kerana apabila engkau
sudah terlalu lapar engkau akan merasa makanan yang
engkau makan itu begitu lazat dan engkau akan bersyukur
dengannya.”
“Berkenaan
wasiat ayahmu yang kedua pula, hendaklah kamu selalu
berkelana, kerana apabila engkau bertemu semula dengan
isterimu setelah lama terpisah, engkau akan berasa
seperti baru berkahwin. Dan wasiat ketiganya, yang
menyuruh engkau membina sebanyak-banyaknya rumah ialah,
carilah sahabat seramai mungkin. Apabila engkau telah
bersahabat dengan seseorang maka rumahnya akan menjadi
seperti rumahmu sendiri dan rumahmu juga sudah seperti
rumahnya.”
Setelah mendengar penjelasan itu barulah
dia faham maksud sebenar dan kata-kata ayahnya, yang
pada mulanya dianggap aneh itu. Memang luar biasa insan
yang bergelar Lukmanul Hakim ini, katanya satu hikmahnya
beribu |