|
 |
|
Tazkirah
Seringan-Ringan Azab Di Neraka
Hadis :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW
bersabda:"Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab
yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah
yang membuatkan otaknya menggelegak." (Muslim)
Huraian :
1. Selama sembilan tahun selepas
perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah SWT,
Nabi Muhammad SAW telah menjalankan dakwah di kalangan
kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah. Segelintir manusia
sahaja yang telah memeluk agama Islam manakala yang lainnya
mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang
baginda.
2. ABU TALIB merupakan seorang yang baik
budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak
ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu
kesulitan atau cabaran hidup. Beliaulah yang memelihara nabi
setelah kematian datuknya Abdul Muttalib. Baginda selalu
dilindungi oleh bapa saudaranya ini daripada ancaman musuh
dakwah baginda. Namun begitu di saat akhir kematiannya, Abu
Talib tidak memeluk agama Islam.
3. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim
dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah
SAW dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya sedangkan
ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah,
Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan "laailaah
illallaah", namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar
tetap mengikuti agama Abdul Muttalib. Demikian seterusnya
berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan
beriman, lalu Rasulullah bersabda "Demi Allah aku akan
meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak
dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114
yangmaksudnya "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan
orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi
orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum
kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang
musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam. Dan keampunan
yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah
kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya.
Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh
Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya
Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi
penyantun."
4. Mendo'akan orang kafir yang masih hidup
hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah
ketika berhadapan dengan perlakuan buruk dari kaumnya yang
musyrik, doa baginda:"Ya Allah tunjukkanlah kaumku kerana
mereka tidak mengetahui" dan Rasulullah juga pernah berdoa
agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh
Allah. Namun begitu mendoakan orang kafir yang telah
meninggal dan diketahui ia meninggal dalam keadaan kafir,
hukumya haram seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas. |
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|