Bagi mereka yang sedang sakit terdapat beberapa hukum yang khusus dan mesti di pelihara.
Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam di utus Allah dengan membawa agama yang hanif (lurus) berdasarkan kemudahan dan keringanan.
Allah
berfirman.”Ertinya : Dan dia sekali-kali
tidak menjadikan untuk kamu dalam agama
suatu kesempitan” (Al-Hajj : 7
Ayat lain : “Ertinya : Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu” (Al-Baqarah :187)
Sewajarnya pesakit hendaklah berusaha untuk bersolat setakat kemampuan yang ada. Dan bila sudah bersolat setakat yang mampu, maka tidak perlu di qadha solat-solat tersebut.
Kerjasama dan pertolongan daripada ahli keluarga pesakit, jururawat dan doktor amatlah diperlukan supaya pesakit tidak mengabaikan solat ketika berada di katil hospital. Bantu dan nasihatilah mereka untuk bersolat.
Di bawah ini adalah beberapa cari bagi pesakit untuk bersuci dan bersolat.
Bersuci
“Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.” (Maksud surah al-Maidah 05 - 06)
(1) Yang sakit wajib bersuci dengan air, wudhu daripada hadas kecil dan mandi daripada hadas besar.
(2) Jika anggota tubuh pesakit dibaluti simen dan lain-lain. Maka cukuplah dengan mencuci bahagian yang tidak berbalut. Bahagian-bahagian yang bersimen atau berbalut tidak perlu dibasuh
(3) Jika tidak mampu menggunakan air kerana takut bertambah sakit atau lambat sembuh, hendaklah dia bertayamum.
(3) Tayamum caranya dengan menyapukan tanah suci atau dinding tembok yang berdebu dengan kedua tangan ke bahagian muka dan kedua telapak tangannya. Jika tidak mampu bertayamum sendiri, maka boleh dibantu orang lain.
(5) Boleh bertayamum dengan dinding atau yang lainnya sekiranya ia berdebu dan suci.
(6) Jika tidak ada dinding yang berdebu, maka boleh menggunakan tanah yang diletakkan di atas sapu tangan dan lain-lain.
(7) Jika bertayamum untuk satu shalat dan masih tetap suci ketika shalat lain tiba, maka tayamum tidak perlu diulangi.
(
Pesakit wajib menyucikan badannya daripada
sebarang najis. Jika tidak mampu
mebersihkannya dan tiada siapa mahu membantu,
maka solatlah sahaja dalam keadaan
sedemikian.
(9) Pessakit wajib membersihkan pakaiannya daripada najis serta berpakaian suci. Jika tidak mampu, shalatlah seadanya.
(10) Yang sakit wajib shalat di atas tempat yang suci termasuk kain alas tidurnya. Jika tak mampu, teruskan sahaja solat di situ
Tidak Mampu Berdiri
Sabda Rasulullah SAW kepada Umran bin Husain RA: “ Solatlah dalam keadaan berdiri, jika engkau tidak mampu, solatlah dalam keadaan duduk, dan jika engkau tidak mampu solatlah dengan keadaan berbaring di atas lambung tubuh.” (Hadis Sahih, riwayat al-Bukhari)
(1) Pesakit wajib shalat fardhu walaupun sambil bersandar ke dinding, tiang atau tongkat.
(2) Jika dia tidak mampu shalat sambil berdiri, lakukanlah sambil duduk. Boleh dilakukan dengan duduk bersila atau duduk seperti antara dua sujud, ataupun duduk ketika tahiyyat. Cuma sekiranya duduk bersila, apabila tiba waktu duduk antara dua sujud atau tahiyyat, maka duduklah dengan cara duduk antara dua sujud dan ketika tahiyyat.
(3) Jika tidak mampu sambil duduk, maka lakukanlah solat dengan mengiring di atas bahagian kanan tubuh sambil wajah menghadap kiblat.
(4) Jika tidak mampu sambil berbaring, lakukanlah dengan terlentang ; kaki mengarah ke kiblat dengan meninggikan sedikit kepala dengan meletakkan bantal dan sebagainya agar menghadap kiblat. Jika tidak mampu kakinya ke arah kiblat, lakukanlah setakat yang mampu sahaja.
Solat Dengan Isyarat
(1) Pesakit wajib sujud dan ruku. Jika tidak mampu, berisyaratlah dengan kepalanya ; anggukkan kepala ketika sujud lebih rendah daripada ketika ruku’. Jika dia hanya mampu ruku’ sahaja, dan tidak mampu bersujud, maka ruku’lah sebagaimana biasa lalu isyarat ketika sujud dan begitu pula bila sebaliknya.
(2) Jika dia tak mampu isyarat dengan kepalanya ketika ruku’ atau sujud, maka isyaratlah dengan matanya dengan sedikit pejam ketika ruku dan pejam seluruhnya ketika sujud..
Waktu Solat.
(1) Yang sakit wajib shalat tepat pada waktunya sesuai dengan kemampuannya sebagaimana telah diterangkan.
(2) Jika sulit baginya shalat pada waktunya, maka pesakit boleh melakukan jama’ antara Zuhur dengan Ashar dan antara Maghrib dengan Isya, sama ada jama’ taqdim ataupun takhir.
(3) Akan tetapi shalat Fajar (Subuh) tidak boleh dijama’, baik dengan shalat sebelumnya atau sesudahnya.
Rujukan
Fatwa Sheikh Salih al-Utsaimin,
