Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun
yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang,
maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang
dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri
seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya
bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah
s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu
berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya
Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya
mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti
diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat
olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum
pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan!
Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku
ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada
kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w.
tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu,
wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana
kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas
kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan
membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu
dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w.
pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah
Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi
di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada
dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera
tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal
itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya
berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa
itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya
kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi
seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan,
tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan
membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari
langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan
salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu,
agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah
bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan
menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!"
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka
orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan
Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba,
maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang
Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan
Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa
kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia
memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia
memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan
pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w.
pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab
badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya
Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan
bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya,
sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah
tidak akan menghisab
dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah
sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu
di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila
mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya
menahan keharuan dirinya."