|
Tazkirah
Tolak Bala
dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk
menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana
sabda
RasulAllah SAW,
sbb :
Z
”Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala
tidak pernah mendahului sedekah”.
Z
”Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah”.
Z
”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah”.
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran
bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah
untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi,
sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada
pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka
(pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai
pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang
demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela
melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini
hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana
seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas
perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu
bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah
yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran,
bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal
bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin
lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita
bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada
siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini
pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah
(kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan
pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah
wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan
yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap
Jum’at, misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal
tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang
sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus
diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza
Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan
sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak
mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah
untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta
akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka.
Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang
yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan
meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan
diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada
awalnya mereka kehilangan sesuatu.
|