|
 |
|
Tazkirah
Berlaku Adil
Kepada Anak-Anak
Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Takutlah akan Allah
dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. "
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
i) Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan
kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing
mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan
peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad
dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa
kasih sayang sesama sendiri.
iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak
tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik
atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan,
pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang
mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara
ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan
tanggungjawab.
iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan
ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam
hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:" Sesiapa yang mempunyai anak
perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak
lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke
dalam syurga." (Abu Daud &
Hakim)
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
azizul.karim@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirahl
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|