|
 |
|
Tazkirah
Manusia Yang
Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi Saw
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu
dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat
ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang
paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang
yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong
malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya
lagi, "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud
perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan
yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang
bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang
takbur."
Riwayat at-Tarmizi
Huraian
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh
Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di
hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan
membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia
tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di
hari akhirat kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang
rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk
dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|