|
Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal
Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah
Siti Aisyah ra.
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air
matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah
memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi,
menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat
kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku
adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu
berlaku sombong terhadap Allah.”
Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat.
Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin
menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi.
Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke
hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa
serta ke Arsyila’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda
ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait.
Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya
Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara
kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah
mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan
dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku,
di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian
keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama
mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail,
kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut)
beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan
sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum
lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya,
dan kemudian kamu semua.”
Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang
ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang
mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat
baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad,
penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu,
setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia
berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi
salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata
lagi “Assolah yarhamukallah.”
Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka
kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang
disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat
Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda:
“Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu
perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas
kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku
tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan
berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam
solat tersebut.
Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong,
sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat
menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia
pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi
bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda
bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti
Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung
kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan
Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda
berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah
itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya
ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan
dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku
atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu
semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan
meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari
pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku
berada di alam dunia ini.”
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan
kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW
dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada
Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah
lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia
dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak
mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia
kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah
SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di
depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut
itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian,
sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan
berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah),
Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:
“Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah
SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya
kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu
itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda,
saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit.
Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang
menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?”
Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW
menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan,
pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat
Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan
‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab:
Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk
berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus
mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau
tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana
engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di
langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril
as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka
bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau
mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya,
Wahai kekasih Allah.”
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai
Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di
sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu
langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah
berbaris untuk menyambut rohmu.”
Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku.
Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?
Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah
dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai
telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya
menanti kedatangan rohmu.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk
Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di
sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan
berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama
diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur,
aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku
lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya
yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang
kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang
yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi
orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku?
Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke
Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda.
Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan
Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu
memasukinya terlebih dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati
dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu
Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan
memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?
Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah
engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya
dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam
Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah.
Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:
“Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan
mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah
engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai
kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda,
sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya
roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.
Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah
Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan:
Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai
orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak
pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih
tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di
waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad,
bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah
SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan
pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama
12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh
seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda
masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW
telah berada di dalam tanah.”
Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia
mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah
itu ia lalu mengerjakan solat.
Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang
pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari
syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga
didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata
kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya
bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah
SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf
(al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az
menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah
yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan
mati pula?”
(Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri.
Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia
nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh
telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika
dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?
Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat
mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)
Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai
Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman
menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk
Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar.
Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan
orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri
yang tidak ada pengembala.”
Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi
Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat
ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari
Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari
tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang
bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa,
Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar
Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az,
sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar
ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang
itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah
dan bangunlah.”
Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan
sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik,
dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia
lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya,
kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya
menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing.
Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal
mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az
menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?”
Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan
diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman
Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal
sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya,
ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.
Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia
berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az,
aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
“Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”
Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit
dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia
telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata:
“Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada
baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana
ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda
Siti Aisyah ra.”
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az
mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi
wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia
berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah.
Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:
“Assalamualaikum ya ahli bait.”
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara
kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal,
ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?”
Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus
pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu
berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya
bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah
menuju ke arah kubur Rasulullah SAW. |