|
 |
|
Tazkirah
Bagaimana Menghilangkan
Marah
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego).
Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan
kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar
pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya,maka akan tinggilah ego
seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang
segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah
pemarahnya.Sifat pemarah ini ada
pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.Kenapa
kita mesti marah ?
Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair
"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah
terjadi. Istirehatkan
hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian
untuk kita. Allah
mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita
kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
Pernah ditanya Ahnaf
bin Qais,bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang
lemah lembut itu.
Ahnaf menjawab :" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu
pada satu hari
sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang
besi yang berisi
daging panggang yang masih panas.
Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa
sengaja besi
pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.
Menjerit-jeritlah
si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal
dunia. Qais yang melihat
peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang
sedang pucat dan
menunggu hukuman
"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali
hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan
pemaafnya Qais bin Asim"
Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais
memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak
memarahi hambanya,
maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan
ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan
kalau atau
barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa
yang ada padanya
dirasakan amanah dari Allah.
Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.Kita
mesti ubati
hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan"
kita yang
menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan
mujahadatun nafsi.Di
antara langkah yang perlu kita hadapi untuk
menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan
segala
tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan
dan sikap biadab
kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini
hanyalah manusia
yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar
Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu
mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang
anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita
sedang marah.
ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang
jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (
A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada
syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu
keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut
di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan
marah apabila bangkit
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya
dari Allah dan
akan kembali kepada Allah.
Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita.
Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka
dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Wassalam
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda
berdiri, maka
duduklah,sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah
kemarahan akan
mulai reda.
Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri,
keegoan akan
berkurangan.Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah,
yang bersandar akan
mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka
kemarahan sudah tidak
dapat dikawal.
Wassalam..
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah
jantung dari
suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk
melepaskan dendam. Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat
dan waktunya. Bila
kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan
akal sebelum dia
menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar,
darah naik laksana wap,
memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga
tidak sanggup
berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan
nampak kecil bila
memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal
tertutup, fikir
tersentak,angan-angan habis.
Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api
terkurung
didalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah
terkumpullah di
dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan
kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan
menyiram.. maka air
penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah
kerasnya
api.berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata
orang2 mukmin. |
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|