|
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti
sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu
menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada
disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut
atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is
disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia
waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula
daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang
tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya
benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan
oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya
tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud:
Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih
berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan
diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"
(Hadis riwayat
Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat
terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi
sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu
direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan
diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang
lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan
keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai
orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan
hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan
lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa
yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip
keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada
dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat
Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari
akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai
perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud : Perbuatan mengumpat
itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala
yang dikumpulkan sebelum itu akan
musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu
kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan
oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar
apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah
dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai
Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini,
sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah
menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat
engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang
yang
mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang
diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis
diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat
mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat
menghindarkan diri daripada mengumpat. |