|
 |
|
Tazkirah
Hadis
:
Dari Ibnu Sirin r. A katanya:."Aku bertanya kepada Anas bin
Malik r.a:"Adakah Rasulullah s.a.w mencelup rambut baginda?"
jawab Anas:"Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di
janggutnya nampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu
Sirin:"Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup
rambutnya?" Jawab Anas:"Ada. Dengan inai." (Muslim)
Huraian :
Sebahagian daripada perkara yang tergolong di dalam
masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut atau janggut yang
telah beruban. Tetapi dengan warna apa dibenarkan mewarna
rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain?
Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam? Orang yang telah
tua, ubannya telah merata sama ada di kepala ataupun di
janggut, tidak selayaknya mewarnakannya dengan warna hitam.
Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke
hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat
rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah
dan bunganya. Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban) tetapi
jauhilah warna hitam." (HR Muslim). Manakala mereka yang
tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila
mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri
telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam
apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah
sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna
hitam." (Fathul Bari) Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu
Zar mengatakan: Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk
mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan
ash-habusunan) Katam adalah sejenis pokok yang tumbuh di
Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam
kemerah-merahan. Dan Inai sejenis pokok berdaun yang
mengeluarkan warna merah. Anas bin Malik meriwayatkan,
bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam,
manakala Umar hanya dengan inai sahaja.
Sumber : Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia |
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|