|
 |
|
Tazkirah
Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a:"Rasulullah SAW bersabda:"Golongan yang
pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama.
Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang
cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak
pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap
seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing
di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang
dagingnya kerana sangat indahnya." (Bukhari)
Huraian :
Kita sekarang dihidupkan oleh Allah di muka bumi dan
selepas itu kita akan dikembalikan ke salah satu daripada dua negeri
yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. Allah sudah menyatakan di
dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman
manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan
pengalaman ngeri di neraka. Sebagai makhluk yang diberikan
kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko
yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya kerana setiap
sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga
kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga.
Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam
hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Maka terpulang kepada
kita hendak mengikuti jejak ke syurga atau jejak ke neraka |
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
webmaster@eonbank.com.my
|

Muka Depan
AJK Surau
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
|