1.
Definisi :
i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis
atau hadas.
2.
Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.
3.
Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap
mukallaf lelaki dan perempuan.
4.
Dalil naqli tentang suruhan bersuci
adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal,
ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan
daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
5.
Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu
menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
6.
Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua
ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap
dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka
wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan
kebesaran Allah s.w.t. .
7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih,
sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan
kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
8.
Syarat wajib taharah ialah :
-
Islam
-
Berakal
-
Baligh
-
Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
-
Tidak lupa
-
Tidak dipaksa
-
Berhenti darah haid dan nifas
-
Ada air atau debu tanah yang suci.
-
Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat
mementingkan kebersihan dan kesucian.
10. Ahli
fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq)
sebagaimana firman Allah:
|
025.048
وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ
بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ
السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
|
|
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar
gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami
turunkan dari langit air yang amat bersih "
11. Selain
itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan
tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat
yang dikenali sebagai tayammum.
12. Jelasnya,
alat–alat untuk bersuci itu ialah:
- Air
mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu
tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada
beberapa bahagian:
- Air
yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu
air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
- Air
yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu
air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai
dan air laut.
- Tanah,
boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan
tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah: