Bab
13: Mandi
PENGERTIAN
MANDI
- Dari segi
bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
- Dari segi
syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan
dengan niat yang tertentu.
PERKARA
YANG MEWAJIBKAN MANDI
1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau
sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan
yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.
2. Keluar
mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
3. Keluar
haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika
wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
4. Melahirkan
anak atau bersalin (wiladah).
5. Keluar
nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
6. Mati, kecuali
mati syahid.
FARDU
MANDI
1. Berniat
pada permulaan kena air pada badan.
Bagi orang
yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar.
Niatnya seperti berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.
atau

Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.
Bagi orang
yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh
atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.
atau

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.
2. Menghilangkan
najis yang terdapat pada tubuh badan.
3. Meratakan
air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.
PERKARA SUNAT SEMASA MANDI
- Terdapat
banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:
1. Membaca
“basmalah” iaitu lafaz 
2. Berwudhu’
sebelum mandi.
3. Membasuh
dua tapak tangan.
4. Menggosok seluruh bahagian badan.
5. Mendahulukan
anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.
6. Mengulangi
membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.
7. Berturut-turut
iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu
anggota dengan anggota yang lain.
MANDI-MANDI
SUNAT
- Mandi-mandi
yang disunatkan adalah seperti berikut:
1. Mandi hari
Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at.
Waktunya dari naik fajar sadiq.
2. Mandi hari
raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah
malam pada hari raya itu.
3. Mandi kerana
minta hujan (istisqa’).
4. Mandi kerana
gerhana bulan.
5. Mandi kerana
gerhana matahari.
6. Mandi kerana
memandikan mayat.
7. Mandi kerana
masuk agama Islam.
8. Mandi orang
gila selepas pulih ingatannya.
9. Mandi orang
yang pitam selepas sedar dari pitamnya.
10. Mandi
ketika hendak ihram.
11. Mandi
kerana masuk Makkah.
12. Mandi
kerana wuquf di ‘Arafah.
13. Mandi
kerana bermalam di Muzdalifah.
14. Mandi
kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.
15. Mandi
kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.
16. Mandi
kerana sa‘i.
17. Mandi
kerana masuk ke Madinah.
|