SYARAT
KEHARUSAN PENYAPUAN KHUF
1. Memakai
khuf ketika suci sepenuhnya daripada hadath besar dan kecil.
2. Khuf
yang bersih serta menutup semua bahagian kaki yang wajib dibasuh
ketika berwudhu’.
3. Khuf
yang kukuh yang boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan
biasa.
4. Khuf
yang sempurna dan tiada kerosakan padanya.
5. Khuf yang tidak meresap air.
6. Khuf
yang tebal yang tidak menampakkan kulit kaki.
PERKARA
YANG MEMBATALKAN PENYAPUAN KHUF
1. Semua
perkara yang mewajibkan mandi hadath seperti berjunub, haidh
dan nifas.
2. Mencabut
salah satu khuf atau kedua-duanya sekali atau rosak khuf.
3. Tamat
tempoh sapuan khuf iaitu satu hari satu malam bagi orang yang
bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang musafir.