|
 |
|
Tazkirah
Azan Dan IQamah
Azan
disebut juga dengan Bang yakni seruan atau laungan yang dilakukan
untuk memberitahu kepada orang-orang muslim bahawa sudah masuk waktu
sembahyang. Azan dilakukan di setiap tiba waktu sembahayng, yang
boleh melakukan laungan azan hanya orang lelaki sahaja, orang
perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan. Kalimah-kalimah Seruan
Azan atau Bang ialah:-
Allahu
Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan Subuh
Tambahkan "Assolaatu khairun minan naum" (2X) maksudnya "Sembahyang
itu lebih baik dari Tidur" pada Azan Subuh selepas "Haiyaalal falah"
(2X)
Sunat Di Waktu Menyeru/Melaungkan Azan
1. Berwudhu'
2. Menghadap ke arah Kiblat
3. Berdiri sewaktu menyeru Azan atau Qamat
4. Dilakukan di tempat yang tinggi.
5. Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan suaranya.
6. Mengulang-ulang lafaz syahadatain
7. Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari telunjuk ketika
mengucapkan "Haiyaalas solah" sambil memalingkan muka kearah kanan,
dan ketika mengucapkan "Haiyaalal falah" berpaling ke arah kiri.
Menjawab seruan Azan:
Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan
@ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang
diucapkan dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan
perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah"
maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil
alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku
kecuali dengan pertolongan Allah".
"Assolaatu khairun minan naum" maka kita ucapkan "Syadaqta
wa barirta waana mina syaahidiin" maksudnya " Benarlah dan
mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan".
IQAMAH :
Qamat disebut juga dengan Iqamah yakni ucapan atau bacaan
yang dilakukan ketika sudah hampir melakukan serta memulakan
sembahyang.
Allahu
Akbar Allahu Akbar. Asyhadu alla illahaillallah. Asyhadu anna
Muhammadar rasulullah. Haiyaalas solah Haiyaalal falah. Qadqamatis
solah Qadqamatis solah. Allahu Akbar Allahu Akbar. La ilahaillallah.
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Sesungguhnya sudah hampir mengerjakan sembahyang.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Menjawab bacaan Qamat:
Jika kita sembahyang berjemaah, maka yang membacakan Qamat itu cuma
seorang sahaja contohnya muadzin (tukang azan @ bilal), tidak perlu
lagi kita Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita
menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat yang
dibacakan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
"Haiyaalas solah Haiyaalal falah" maka kita ucapkan
"Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim"
maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan
pertolongan Allah".
"Qadqamatis solah Qadqamatis solah" maka kita
ucapkan "Aqaamahallahu wa adaamahaa" maksudnya "Semoga
Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal"
Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa
selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami
Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
DO'A SELEPAS AZAN DAN IQAMAH
Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati
saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa
waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi
wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya
(3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidini
Muhammadiw wa'alihi wasahbihi wassallam.
Maksudnya:
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan
dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang
tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami
Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri
janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah
rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku.
Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya
dan sahabat-sahabat baginda.
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh kingzul@ovi.com
|
صفر 1432هـ
Muka Depan
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Kisah-Kisah Nabi
Info
Islam
E-Book
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
99 Nama Allah

Setiap Degupan
Ingat Allah

Di Bawah Langit Allah
Siti Fatimah
Isteri2 Rasulullah
Hidup Mulia
Mengikuti Sunnah Rasullullah
Puteri Kecintaan Rasullullah
Kewafatan
Rasulullah SAW
Israk Dan Mikraj
|