|
 |
|
Tazkirah
SOLAT
Hadis 1
Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi
bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah
hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar
zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"
Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai
sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang.
Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang
lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang
pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang
tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan
sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang
di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru
khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan
mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita
tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu
telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di
atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi
seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang
Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun
solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi
Iman.
Kata Abdullah ibn Mas'ud:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia)
yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW
menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang
mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?'
Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.'
Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab:
'Jihad.'
Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong
pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang
penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah
hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
:
"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan
oleh Allah,"
Hadis 2
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang
alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu
kabair(dosa besar)."
Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah
bersabda :
"Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu:
1.Solat-apabila telah masuk waktunya
2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan
3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui
jodohnya."
Ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai orang
Islam yang mengamalkan perintah Allah dengan bersolat
secara menjama'kan solatnya apabila pulang ke rumah
hanya dengan alasan mereka dalam perjalanan, berniaga
atau bekerja.
Menangguhkan solat sehingga luput waktunya tanpa sesuatu
alasan yang kukuh (misalnya uzur) adalah satu dosa besar.
Walaupun ia tidak semudharat melengah-lengahkan solat
namun berat juga.
Hadis 3:
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu
Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda
bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang
yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya
dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur ,
pembela dan penyelamat".
"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab
adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti
. Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan.
Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana
tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika
kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang
diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi
seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan
jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin
Khalaflah yang diterimanya."
Menerima nasib seperti mereka itu dengan jelasnya
menunjukkan azab yang pedih sedang menunggu mereka yang
melengah-lengahkan solat. Walaupun yang kafir akan kekal
abadi menderita azab, sementara yang beriman akan
dilepas setelah diazab beberapa tempoh dan akhirnya
dibenarkan masuk syurga, namun tempoh azab ini tidak
siapa yang tahu, mungkin sampai beribu-ribu tahun
lamanya. |
|
BACK
Segala komentar boleh dihantar
terus kepada alamat e-mail di bawah
Rekabentuk dan Isi Kandungan oleh
kingzul@ovi.com
|
صفر 1432هـ
Muka Depan
Waktu Solat
Tazkirah
Soal Jawab Agama
Kisah-Kisah Nabi
Info
Islam
E-Book
Pautan Internet
IslamOnline
IslamQ&A
al-Ahkam.net
Darul Kauthar
Read The Al-Quran
Panduan
Solat
Laman 'Arab
al-Qaradhawi
al-albani.net
Binbaz.org
99 Nama Allah

Setiap Degupan
Ingat Allah

Di Bawah Langit Allah
Siti Fatimah
Isteri2 Rasulullah
Hidup Mulia
Mengikuti Sunnah Rasullullah
Puteri Kecintaan Rasullullah
Kewafatan
Rasulullah SAW
Israk Dan Mikraj
|